IPOH, 23 Julai – Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Amerika Syarikat terus memperkasa keupayaan udara menerusi pelaksanaan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) – Aviation dalam Eksesais KERIS STRIKE Siri 30/2025.
Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) memaklumkan, program lima hari yang bermula pada 17 Julai lalu itu melibatkan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan C Company 3-25 Aviation Regiment, (US Army), yang berpangkalan di Hawaii.
Menurutnya, program tersebut menjadi platform perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang latihan, penyelenggaraan dan pemulihan pesawat ketenteraan.
“Ia turut melibatkan kerjasama erat bersama SMEE – 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘤𝘢𝘭 bagi perlaksanaan 𝘈𝘦𝘳𝘰𝘮𝘦𝘥𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘌𝘷𝘢𝘤𝘶𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 iaitu pemindahan taktikal pesakit menggunakan pesawat udara,” jelas Markas 4 Div lagi.
Antara modul latihan yang dijalankan termasuk Army Aviation Training Programme, Aviation Maintenance, Downed Aircraft Recovery Operation, Forward Arming and Refuelling Point (FARP), dan sesi teori serta amali Air Ambulance.
“Salah satu tumpuan program ialah Live Hoist Demo, yang menunjukkan keupayaan pemindahan pesakit dari lokasi tanpa zon pendaratan dengan bantuan sistem angkut udara,
“Selain itu, turut diadakan latihan Cold & Hot Load bagi memindahkan pesakit masuk dan keluar pesawat dalam pelbagai senario taktikal,” ujarnya lagi.
Pelaksanaan SMEE ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman bersama terhadap prosedur operasi penerbangan, malah mempertingkat tahap interoperability antara PUTD dan US Army Aviation – selaras dengan matlamat KERIS STRIKE yang menekankan kesediaan gabungan dalam operasi pelbagai domain.
Eksesais KERIS STRIKE Siri 30/2025 berlangsung bermula pada 17 hingga 29 Julai 2025 melibatkan seramai lebih 4,000 anggota dari tiga negara iaitu TDM, USARPAC dan Tentera Darat Australia.
Eksesais gabungan terbesar ini, menyaksikan penglibatan unit infantri, pakar ketenteraan serta formasi utama dari kerjasama trilateral pertahanan di rantau Indo-Pasifik.
Menurut kenyataan rasmi Tentera Darat, latihan ini direka bentuk untuk memperkukuh keupayaan operasi bersama, meningkatkan pertukaran kepakaran serta menguji tahap kesiapsiagaan taktikal dalam persekitaran pelbagai negara.-airtimes.my
#TDM #US #airitmes #pertahanan #KerisStrike #Malaysia
