Home Pertahanan dan KeselamatanTentera LautUpacara penamaan, pelancaran kapal LCS 2 di Limbungan LUNAS esok

Upacara penamaan, pelancaran kapal LCS 2 di Limbungan LUNAS esok

by Zaki Salleh
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Kapal tempur pesisir kedua TLDM (LCS 2) akan dinamakan secara rasmi sebagai KD Raja Muda Nala dalam satu upacara esok di Limbungan Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan ke upacara tersebut.

Upacara penamaan dan pelancaran kapal tersebut akan disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Raja Muda Nala adalah putera kepada Sultan Selangor yang pertama, Sultan Sallehuddin Shah.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; dan Panglima TLDM, Laksamana Datuk  Zulhelmy Ithnain.

LCS 2 telah berjaya diturunkan ke permukaan air (downslip) pada 8 Mei lalu dan kini sedang melalui fasa pembinaan lanjutan.

Ia dijadual memulakan aktiviti Setting to Work (STW) pada September tahun ini sebagai persediaan ke arah pelayaran ujian dan operasi masa hadapan.

Sebelum ini kapal pertama, KD Maharaja Lela berjaya dilancarkan ke air pada 23 Mei 2024 selepas mendapat pengesahan teknikal daripada firma perancang Naval Group dan badan pemantau kualiti, Bureau Veritas.

KD Maharaja Lela dijadual menjalani First Sea Sailing pada Disember ini, dan akan diserahkan kepada TLDM secara rasmi pada Ogos 2026.

Pembinaan kapal-kapal seterusnya sedang berjalan mengikut jadual.

Untuk rekod, pelancaran KD Maharaja Lela yang asal telah berlangsung pada 24 Ogos 2017 di dermaga Boustead Naval Shipyard.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke upacara tersebut.

Tuanku Zara Salim menyempurnakan upacara pelancaran dan penamaan KD Maharaja Lela ketika itu.

Program LCS walaupun tertangguh tetapi penting sebagai usaha strategik negara untuk memperkukuh armada TLDM dan mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Kemajuan kerja pembinaan bagi kapal LCS 3 hingga LCS 5 masih mengikut perancangan, dengan kapal-kapal itu dijangka diserahkan mengikut jadual yang dirancangkan iaitu LCS 3 pada 2027.

Kapal seterusnya akan diserahkan selang lapan bulan kemudian sehingga LCS 5 siap sepenuhnya pada tahun 2029.-airtimes.my

#pertahanan #Lunas #LCS2 #TLDM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply