LANGKAWI, 22 MEI – Lunas Naval Shipyard (LUNAS) menerusi kerjasama kreatif bersama Bryks Art, terus meneroka pendekatan baharu, membawa pendekatan inovatif menggabungkan elemen pendidikan, inovasi, semangat kenegaraan, selaras usaha Malaysia memperkukuh keupayaan industri dan teknologi.
LUNAS menerusi inisiatif, berperanan mendidik masyarakat mengenai dunia pembinaan dan penyelenggaraan kapal, sekaligus membuka ruang kepada bakat muda bagi meneroka kerjaya dalam kejuruteraan marin, teknologi pertahanan dan ekosistem maritim yang lebih luas.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen LUNAS terhadap pembangunan negara, yang bukan sekadar melalui hasil industri, tetapi dengan pelaburan dalam modal insan,” menurut kenyataan.
Sehubungan itu, usaha ini menampilkan kapal tempur pesisir Littoral Combat Ships (LCS) bagi memperkenalkan kapal perang terbesar yang dibina oleh tempatan.
Justeru, pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam proses pembinaan serta mendekatkan mereka dengan dunia kejuruteraan kapal moden secara interaktif dan mudah difahami.
Tambahnya, model LCS juga berperanan sebagai platform pendidikan dalam mencetuskan minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), selain tarikan visual.
“Mereka digalakkan berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah dan bekerjasama serta kemahiran antara yang penting dalam landskap industri masa kini,”
Menurut kenyataan lagi, inisiatif ini secara tidak langsung menyuntik rasa bangga apabila dapat menyumbang kepada sesuatu lebih besar dan sebuah penghargaan terhadap keupayaan pertahanan negara.
“LCS sebagai bahan pembelajaran, LUNAS dan Bryks Art bukan sahaja memupuk jurutera dan inovator masa depan, malah memperkukuh naratif negara yang berteraskan ketahanan, kreativiti dan kemajuan,”
Sementara itu, kerjasama ini juga bagi memperlihatkan hubungan strategik antara sektor awam dan swasta yang mampu menjadi pemangkin kepada perubahan sosial.
LUNAS ke arah Defining Excellence melalui pendidikan, inovasi dan kerjasama, menyemarakkan cita-cita dan memperkasa pemimpin masa depan.
Kapal LCS dibina menggunakan blok binaan di Malaysia, dengan panjang 5 meter, lebih 300, 000 keping blok binaan dan berat 300 kilogram, menjadi simbol aset negara yang boleh dilihat, disentuh dan dibina oleh generasi muda bagi menyemai minat dalam maritim serta pertahanan. -airtimes.my
#AirTimes #LUNAS #LCS #BryksArt #LIMA’25 #Malaysia