if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Kes jenayah ke atas Faisal Halim mesti ditegakkan, bela atlet negara

Kes jenayah ke atas Faisal Halim mesti ditegakkan, bela atlet negara

by Zaki Salleh

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC)  mengklasifikasikan kes serangan simbah asid ke atas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Ini bukan sahaja kepada ahli keluarga Faisal tetapi juga seluruh peminat sukan bola sepak di negara ini.

Faisal, penjaring gol terbaik Piala Asia 2023 yang mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei tahun lalu telah mengubah hidupnya.

Walaupun kembali beraksi di padang, namun beliau masih trauma dengan apa yang menimpa dirinya.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, bukan sahaja kos rawatan, tetapi lebih berat ialah tekanan psikologi yang dihadapi sepanjang hidupnya. Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan?

Justeru tegasnya, keadilan wajib ditegakkan dan mana-mana pesalah perlu dihukum mengikut undang-undang.

“Ini penting bukan sahaja bagi menuntut keadilan buat mangsa, tetapi juga bagi memelihara imej negara khususnya dari aspek meyakinkan dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara selamat.

“Ini termasuklah sebagai lokasi pilihan bagi penganjuran acara sukan antarabangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Justeru, Pemuda MCA menyeru Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Timbalannya, Adam Adli untuk mengambil tindakan segera.

Mereka perlu mendapatkan kerjasama Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Undang-undang, Dato’ Seri Azalina Othman Said supaya membuka semula siasatan kes ini.

Tegas Meow lagi, ia tidak cukup sekadar mengeluarkan kenyataan, sebaliknya ia memerlukan tindakan segera.

“Dengan mengklasifikasikan kes ini sebagai NFA, ia berupaya mendorong persepsi salah dikalangan orang ramai dimana penjenayah bebas melakukan apa sahaja tanpa dikenakan hukuman.

“Jika negara tidak mampu menjaga dan membela pemain bola sepak yang bersinar seperti Mickey, siapa lagi yang boleh kita harapkan?,” soal beliau.

Faisal mencipta sensasi dengan gol menariknya itu apabila berjaya ‘menipu’ pertahanan dan penjaga gol Korea termasuk pemain yang beraksi bersama Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum menjaringkan gol.

Perlawanan pada peringkat Kumpulan E Piala Asia 2023 itu mencipta kejutan tersendiri apabila Malaysia hampir menewaskan Korea sebelum mengikat dengan keputusan 3-3.-airtimes.my

#semasa #airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply