if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Panglima tentera darat Australia ketuai penghormatan Hari ANZAC, refleksi hubungan pertahanan dengan Malaysia

Panglima tentera darat Australia ketuai penghormatan Hari ANZAC, refleksi hubungan pertahanan dengan Malaysia

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 25 APRIL – Lawatan rasmi Panglima Tentera Darat Australia, Leftenan Jeneral Simon Stuart, AO DSC  selama lima hari sehingga 26 April 2025, bagi mencerminkan jalinan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara dan mengetuai acara peringatan Hari ANZAC di Sabah dan Labuan.

Perasmian Upacara Subuh di Taman Peringatan Sandakan, di kem tahanan perang (POW) Perang Dunia Kedua pada Hari ANZAC itu, dirasmikan oleh Stuart pada 25 April 2025.

“Hari ANZAC adalah peluang untuk merenung perkongsian pertahanan yang lama terjalin antara Australia dan Malaysia, yang bermula sejak Perang Dunia Kedua,” kata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke, dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada Bernama pada Khamis.

Suruhanjaya Tinggi dalam kenyataan yang sama, memaklumkan, upacara itu bukan sahaja memperingati tentera Australia dan British yang ditahan sebagai tahanan perang oleh tentera Jepun, bahkan juga masyarakat tempatan yang berani membantu dan terkorban bersama mereka di kem perang mahupun dalam kawad maut ke Ranau.

“Peristiwa itu antara kekejaman terburuk yang pernah dilakukan terhadap warga Australia dalam peperangan,”

Bagaimanapun, seramai lebih 2,400 tahanan masih hidup pada awal 1945, hanya enam terselamat setelah melarikan diri ke dalam hutan dan dilindungi oleh masyarakat tempatan.

Sehubungan itu, Stuart yang diiringi oleh Heinecke ke Sabah dan Labuan, turut memberi penghormatan kepada yang gugur di Tanah Perkuburan Perang Labuan.

Kenyataan menyatakan lebih 3,900 tentera Australia, sekutu dan tempatan yang gugur, gagah berani memperjuangkan pembebasan Sabah dan Sarawak antara tahun 1942 dan 1945 dikebumikan di Tanah Perkuburan itu.

“Lebih separuh daripada batu nisan tidak bernama. Tugu Peringatan Labuan menghormati mereka yang tidak diketahui kuburnya,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, pada 24 April, Stuart menyertai wakil kanan Kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Upacara Hari ANZAC Kota Kinabalu di Tugu Peringatan Perang Borneo Utara.

Susulan, pada hari kedua lawatan 23 April, Stuart menghadiri perbincangan meja bulat bersama pemikir strategik di Universiti Malaya (UM).

Kehadiran itu, bagi menggariskan bagaimana Australia mengemudi keselamatan dan pertahanan sebagai kuasa pertengahan yang aktif serta membincangkan ancaman dan tindak balas keselamatan bukan tradisional.

 Pada masa sama, diikuti dengan lawatan ke Sekolah Kor Tentera Australia, New Zealand dan Australia (SANZAC) Sabah yang ditubuhkan oleh veteran dan keluarga mereka pada 1969. -airtimes.my

#AirTimes #ANZAC #Pertahanan #Australia #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply