if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Malaysia-Kemboja teguh bersama perkasa keselamatan serantau

Malaysia-Kemboja teguh bersama perkasa keselamatan serantau

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 April – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus memperkukuh kerjasama strategik dengan negara-negara serantau apabila Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan kini berada dalam lawatan rasmi lima hari ke Kemboja, bermula 19 hingga 23 April 2025.

Lawatan yang diadakan atas jemputan Panglima Tentera Darat Kemboja, Jeneral Mao Sophan ini menzahirkan komitmen berterusan TDM dalam memperkukuh hubungan ketenteraan dua hala serta memperluas kerjasama pertahanan serantau.

Menurut TDM, sepanjang lawatan, Hafizuddeain turut mengadakan kunjungan hormat ke atas pemimpin tertinggi Kemboja termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Jeneral Tea Seiha, serta Panglima Angkatan Tentera Diraja Kemboja, Jeneral Vong Pisen.

“Mesyuarat dua hala dengan Jeneral Mao Sophan diadakan untuk membincangkan usaha memperluas kerjasama ketenteraan serta delegasi TDM turut diberikan Royal Cambodian Armed Forces (RCAF) Friendship Airbone Qualification Badge,

“Lawatan ini menekankan komitmen bersama terhadap keselamatan serantau dan mempererat hubungan pertahanan antara Malaysia dan Kemboja,” jelas TDM lagi.-airtimes.my

#pertahanan #TenteraDarat #TDM #Malaysia #Kemboja #airtimes

Related Articles

Leave a Reply