Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia sedia hantar Hospital Medan di Myanmar – Mohamad – Air Times News Network
Home Semasa Malaysia sedia hantar Hospital Medan di Myanmar – Mohamad

Malaysia sedia hantar Hospital Medan di Myanmar – Mohamad

by Nurulhuda

REMBAU, 12 Apr – Kerajaan bersetuju menghantar Hospital Medan ke Myanmar bagi meneruskan bantuan kemanusiaan susulan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet yang diadakan minggu lepas.

“Sebanyak 84 hospital di Myanmar telah runtuh dan mereka amat memerlukan bilik pembedahan bergerak yang dikendalikan oleh pakar perubatan,

“Ketika ini, usaha sedang dijalankan dan kita akan minta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk bekerjasama dalam mengatur penghantaran kelengkapan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Rumah Terbuka Aidiltri Kementerian Luar dan Parlimen Rembau di Kampung Tanjung, Rantau, pada Sabtu.

Menurut beliau, selain bantuan perubatan, Myanmar turut memerlukan sistem penapisan air berikutan kerosakan sistem paip serta khemah sebagai penempatan sementara mangsa yang terjejas.

Hospital medan tersebut jelasnya, bakal dilengkapi lebih 30 komponen termasuk bilik pembedahan, mesin X-Ray serta kemudahan wad dengan kapasiti melebihi 30 katil.

Tambahnya lagi, bantuan boleh digerakkan pada bila-bila masa namun keutamaan diberikan kepada penyediaan tenaga pakar dan peralatan lengkap sebelum dihantar ke lokasi bencana.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan kemanusiaan berjumlah RM10 juta disalurkan sebagai permulaan kepada Myanmar bagi meringankan beban rakyat negara itu yang terjejas akibat bencana alam.-airtimes.my

#Malaysia #Myanmar #hospitalmedan #airtimes #bantuankemanusiaan

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?