if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Negara FPDA kerah aset udara, laut dalam Eksesais BERSAMA SHIELD 2025

Negara FPDA kerah aset udara, laut dalam Eksesais BERSAMA SHIELD 2025

by Zulfadhli Azmie

BUTTERWORTH, 8 Apr – Lima buah kapal perang, 18 pesawat pejuang serta pelbagai aset ketenteraan lain dikerahkan oleh negara-negara di bawah kerangka Five Power Defence Arrangements (FPDA) dalam Eksesais BERSAMA SHIELD 2025 (BS25) yang kini berlangsung di Semenanjung Malaysia dan Singapura bermula 7 hingga 22 April ini.

Eksesais tahunan yang membabitkan Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom ini menyaksikan hampir 1,000 anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan tentera digerakkan dalam latihan medan (Field Training Exercise), merangkumi operasi di kawasan perairan Laut China Selatan, ruang udara dan darat.

Menurut kenyataan Markas Angkatan Bersama (MK AB), latihan tahun ini turut melibatkan dua helikopter maritim, dua pesawat pengawasan maritim, enam pesawat sokongan, serta empat unit Ground-Based Air Defence (GBAD) dari negara-negara anggota FPDA.

Majlis pembukaan eksesais telah disempurnakan oleh Chief of Staff HQ IADS, Kolonel Edwin Koh Boon Yit, yang juga bertindak sebagai Pengarah Eks BS25.

Turut hadir ialah Komander IADS, Air Vice-Marshal Nathan Christie, Timbalan Komander IADS, Brigedier Jeneral Rozaini Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM, serta semua peserta EXCON.

MK AB menegaskan bahawa eksesais ini merupakan latihan ketenteraan defensif yang dirancang secara profesional, selaras dengan prinsip dan semangat kerjasama pertahanan kolektif dalam kalangan negara anggota FPDA.

“Latihan ini bukanlah bertujuan menjadi satu bentuk ancaman kepada mana-mana negara serantau, sebaliknya ia dirancang untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kerjasama ketenteraan antara lima negara FPDA,” kata MK AB.

Eksesais BS25 berfungsi sebagai platform untuk menguji keberkesanan operasi bersama, keserasian taktikal, dan koordinasi antara agensi pertahanan, sekali gus memperkukuh kerjasama strategik serantau dalam menangani ancaman keselamatan bersama.— airtimes.my

#pertahanan #eksesais #BersamaShield #Malaysia #FPDA #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?