if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa SMART mula laksana operasi pencarian di Myanmar

SMART mula laksana operasi pencarian di Myanmar

by Air Times News Network

SAGAING, 1 APRIL – Pasukan misi bantuan dan menyelamat mangsa gempa bumi ke Myanmar, MAS-01 telah mula melaksanakan operasi pencarian di Sagaing.

Menurut Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), operasi bermula di sebuah sekolah pada hari pertama operasi.

“Kamera IRIS Pasukan mengenalpasti kedudukan mangsa pada jam 0945. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilaksanakan dengan teliti bersama penyelamat dari Myanmar Fire Service Department. Pada jam 1245, mayat seorang guru wanita berjaya dikeluarkan,” kata SMART dalam hantaran di akaun media sosial rasminya.

Operasi mengeluarkan mayat mangsa dilakukan dengan teliti bersama teliti bersama penyelamat dari Myanmar Fire Service Department.

Pasukan SMART mengeluarkan jenazah mangsa gempa dari runtuhan dengan bantuan penyelamat dari Myanmar Fire Service Department. Foto: FB Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)

“Di lokasi kedua (masjid), pencarian menyeluruh dilaksanakan tetapi tiada lagi mangsa yang terperangkap,

“Pasukan di lokasi ketiga iaitu sebuah rumah kedai berjaya mengeluarkan mayat seorang lelaki berumur 57 tahun yang terperangkap di lantai kedai,” katanya.

Menurut pihak SMART, kesemua jenazah mangsa yang ditemui telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut. Operasi pencarian dijangka akan diteruskan untuk hari kedua bermula 8.30 pagi waktu tempatan (10 pagi waktu Malaysia). – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Myanmar #SMART

Related Articles

Leave a Reply