if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Malaysia sedia bantu pembangunan Lubnan selepas tamat perang

Malaysia sedia bantu pembangunan Lubnan selepas tamat perang

by M.Daim

MARAKAH, 31 MAC – Malaysia komited untuk membantu Lubnan dalam usaha membangunkan semula negara itu selepas tamat perang, menurut Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yaacob.

Dalam ucapannya semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MALBATT 850-12 di Kem Marakah, Lubnan, Azri menyatakan bahawa Malaysia sentiasa menyokong usaha keamanan dan kestabilan di negara tersebut.

“Malaysia dan Lubnan mempunyai hubungan dua hala yang sangat kuat. Sebagai salah satu penyumbang utama pasukan pengaman di Lubnan, Malaysia sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap negara ini. Terutamanya sekarang, menjelang tamatnya perang, Malaysia komited untuk membantu Lubnan,” kata Azri.

Beliau turut memuji pasukan pengaman Malaysia, MALBATT 850-12, yang menurutnya telah membawa nama baik Malaysia di bumi Lubnan melalui komitmen mereka terhadap misi keamanan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Kehadiran anggota pengaman Malaysia di sini memberi impak positif kepada hubungan dua hala kita,

“Saya sangat berbangga dengan dedikasi dan pengorbanan mereka yang berjauhan dengan keluarga demi menjalankan tugas dengan penuh profesionalisme,” tambah beliau.

Azri juga mengucapkan terima kasih kepada Komander MALBATT 850-12 dan semua yang terlibat dalam majlis tersebut kerana mempamerkan nilai-nilai yang melambangkan semangat Malaysia dalam suasana harmoni dan penuh kemesraan. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa #Lubnan

Related Articles

Leave a Reply