if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Diskusi Kolumnis: Kontroversi DBKL, pelaksanaan dasar dan isu-isu yang membelenggu persepsi

Kolumnis: Kontroversi DBKL, pelaksanaan dasar dan isu-isu yang membelenggu persepsi

by Zaki Salleh

Belum pun reda isu penyelesaian pencerobohan tanah melibatkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi dilanda kontroversi.

Terbaru membabitkan tindakan sekumpulan anggota penguat kuasa dipercayai mengasari penjual tidak berlesen di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Video kejadian tersebut tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Penjual terbabit dikatakan enggan menyerahkan belon yang dibawanya sehingga mencetuskan pergelutan.

Ketika teguran ketiga diberikan, penjaja belon tersebut bertindak agresif dan berlaku sentuhan fizikal apabila dia menolak petugas penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

Berlaku perselisihan antara penguat kuasa DBKL dan penjual belon tidak berlesen yang meniaga di kaki lima jalan sehingga menyebabkan kekecohan apabila orang ramai masuk campur.

Memandangkan laporan polis telah dibuat, hanya siasatan lengkap menerusi kesemua aspek pihak terbabit bakal merungkai cerita sebenar.

Bagaimana pun, hampir kebanyakan hantaran dalam laman media sosial mempertikaikan tindakan penguatkuasa DBKL tersebut dengan melihat trend beberapa hari kebelakangan ini.

Hantaran mengenai isu ini juga mendapat ribuan komen yang kebanyakannya tidak menyebelahi penguat kuasa.

DBKL pada hakikatnya terpalit dengan isu-isu lain yang lebih awal dan sensitif.

Memang berniaga tanpa lesen merupakan kesalahan dan ada akta mengenainya, namun netizen mempersoalkan kewajaran penguat kuasa DBKL menggunakan kekerasan yang dilihat melampau.

Walaupun tidak boleh mendengar cerita sebelah pihak sahaja tetapi kontroversi terbaru ini DBKL dilihat berada dalam situasi kalah-kalah.

Dalam masa yang sama, terdapat dakwaan bahawa DBKL lebih bertolak ansur terhadap peniaga warga asing berbanding rakyat tempatan lalu mencetuskan ketidakpuasan hati.

Apa juga yang berlaku, pihak berkuasa tempatan ini telah terpalit dengan isu-isu lain yang lebih awal dan sensitif.

Ini termasuk kes mahkamah membabitkan Timbalan Pengarah dan pegawai penguat kuasa DBKL yang didakwa meminta dan menerima rasuah dari penjaga pusat hiburan tanpa lesen.

Mereka didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM200,000 secara bulanan supaya tidak diambil tindakan penguatkuasaan ke atas premis-premis pusat hiburan tanpa lesen.

Walaupun belum terbukti bersalah tapi kes mahkamah ini telah memberi persepsi negatif.

Nampak DBKL berdepan dengan keadaan yang susah untuk melaksanakan pengurusan krisis atau mengawal keadaan (damage control).

Sehingga saat ini, masyarakat terus mempertikaikan tindakan DBKL melalui Kementerian Wilayah Persekutuan

menyelesaikan isu pencerobohan dengan memutuskan kuil berpindah ke lokasi lain.

Alasan kuil telah dibina sejak 130 tahun tanpa mengemukakan bukti sama ada daripada aspek sejarah mahupun pemilikan dikatakan sebagai tidak berasas.

Isu pencerobohan tanah sama ada tanah awam atau milik persendirian yang didirikan rumah ibadat kini menjadi perhatian umum apabila satu demi satu lokasi didedahkan.

Masyarakat membangkitkan kebimbangan cara DBKL menyelesaikan pencerobohan rumah ibadat haram seperti ini tidak akan selesai kerana ada banyak lagi rumah ibadat serupa di Kuala Lumpur.

Kebanyakan juga bermula kecil sebelum dibina penambahan sedikit demi sedikit tanpa ada sebarang tindakan daripada pihak berwajib.

Biasanya struktur dibina kerana dakwaan berlaku keajaiban atau tanda-tanda spiritual di kawasan tertentu

Kegusaran timbul kerana pengendali rumah ibadat haram tanpa berselindung seolah-olah ingin bertapak lama di lokasi yang telah didirikan binaan tersebut.

Apabila pihak pentadbir pada pandangan mata rakyat dilihat tidak efisien, lembab atau tidak bertegas dalam melaksanakan sesuatu penguatkuasaan, ini memberikan gambaran sebaliknya.

Pada pandangan mereka, pentabdir sebagai pemegang punca kuasa boleh menggunakan apa jua peruntukan undang-undang untuk mencegah tindakan yang salah.

Penyelesaian isu-isu ini memerlukan ketelusan, rundingan dengan rakyat dan pelaksanaan dasar yang lebih adil dan inklusif. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Kolumnis

Related Articles

Leave a Reply