Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Solidariti Palestin: Masjid, surau diarah laksana solat hajat berterusan sepanjang ramadan – Air Times News Network
Home Semasa Solidariti Palestin: Masjid, surau diarah laksana solat hajat berterusan sepanjang ramadan

Solidariti Palestin: Masjid, surau diarah laksana solat hajat berterusan sepanjang ramadan

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 19 MAC – Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat secara berterusan sepanjang baki Ramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, arahan ini bertujuan mendoakan keselamatan rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Israel yang terus mengingkari perjanjian gencatan senjata dan melakukan serangan tanpa perikemanusiaan terhadap rakyat Palestin di Gaza,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Beliau menyifatkan serangan yang mengorbankan 404 nyawa, termasuk wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan 562 lagi mangsa sebagai satu jenayah perang yang tidak boleh diterima.

Ujarnya, umat Islam di seluruh negara diseru untuk bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT agar diberikan keselamatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin yang ditindas.

“Malaysia akan terus kekal teguh dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman yang berlaku,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan tegas bagi menghentikan keganasan rejim Israel serta memastikan keadilan untuk rakyat Palestin.

JAKIM dan JAWI turut menegaskan, selain solat hajat, umat Islam digalakkan untuk terus berdoa, berinfak dan menyebarkan kesedaran mengenai kezaliman yang berlaku di bumi Palestin.

Terdahulu, gencatan senjata antara Israel dan Hamas telah dicapai melalui usaha perantara antarabangsa, termasuk Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat pada 15 Januari 2025 dan mula berkuat kuasa pada 19 Januari 2025.

Namun, pada 18 Mac 2025, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza, menyebabkan ratusan rakyat Palestin terbunuh dan cedera.

Pelangaran semalam difahamkan antara yang paling teruk sejak Hamas dan Israel melancarkan gencatan senjata yang sudah  berlangsung selama kira-kira 58 hari. -airtimes.my

#Palestin #Hamas #Israel #Airtimes #Gencatan senjata #Solathajat #Solidariti

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?