Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
31,000 veteran ATM termasuk tidak berpencen terima bantuan RM500 sebulan – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan 31,000 veteran ATM termasuk tidak berpencen terima bantuan RM500 sebulan

31,000 veteran ATM termasuk tidak berpencen terima bantuan RM500 sebulan

by Aqilah Azman

KUALA LANGAT, 19 MAC – Seramai 31,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk tidak berpencen berusia 60 tahun ke atas menerima bantuan sara hidup sebanyak RM500 sebulan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, bantuan tersebut secara langsung bagi membantu kehidupan mereka mempunyai pendapatan selain menyelesaikan masalah dan isu sosial di kalangan veteran tersebut.

“Jadi, secara tak langsung kita boleh menyebut semua veteran sekarang ini mempunyai pendapatan untuk mereka memulakan kehidupan seharian mereka sama ada berpencen atau tak berpencen,” katanya pada Selasa di Program Peduli Veteran Madani (PVM) dan Majlis Iftar bersama Veteran ATM.

Sehubungan itu, PVM diadakan bagi mendekati veteran ATM secara bersemuka, sekaligus untuk mengenal pasti keperluan sebenar veteran serta untuk mendapatkan maklum balas terhadap inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kementerian.

“PVM peringkat Lembah Klang ini khusus diadakan bagi mendekati veteran ATM di kawasan bandar bagi mendalami cabaran kehidupan serta aspek kebajikan yang perlu diberi perhatian terutamanya kesihatan,” jelasnya

Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) turut memberi bantuan kepada golongan berpencen di bawah paras kemiskinan.

Setakat ini seramai 26 veteran iaitu masing-masing 15 dan 11 di Kuala Lumpur dan Selangor telah disantuni oleh pihaknya. -airtimes.my

#AirTimes #veteranATM #PVM #ATM #Malaysia

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?