Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia dalam rundingan, sedia terima 15 pejuang Palestin – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Malaysia dalam rundingan, sedia terima 15 pejuang Palestin

Malaysia dalam rundingan, sedia terima 15 pejuang Palestin

by Aqilah Azman

SEREMBAN, 19 MAC – Malaysia bersedia menerima 15 pejuang kemerdekaan Palestin yang dibebaskan oleh Israel sebagai sebahagian daripada syarat bagi usaha perdamaian di bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia masih dalam proses rundingan dalam usaha membawa kumpulan tahanan yang ditahan oleh Israel tanpa bicara selama 20 tahun dan tidak dibenarkan pulang ke Palestin.

“Kita mengambil bahagian dalam usaha perdamaian, sebagai syarat gencatan senjata dibuat atas inisiatif Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) iaitu jika dibebaskan mereka tak boleh balik ke kampung halaman. Jadi kita bersetuju, asas kita ialah mahu gencatan senjata, yang lain-lain adalah sampingan,” katanya.

Beliau berkata demikian, langkah itu diambil sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap Palestin dalam mendapatkan kemerdekaan sejak sekian lama dan keputusan tersebut dilihat memadai dan ia tidak membebankan negara.

“Mungkin dalam masa terdekat (bawa), selesai dokumentasi nanti kita jangka bawa mereka ke sini. Tapi kita akan buat templat sama seperti pelarian Syria dibawa balik dahulu, ketika perang Syria mula meletus dan mereka kini menjadi sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang aman,” jelasnya.

Ahli Parlimen Rembau itu turut menyatakan, pihaknya telah menghantar pasukan bagi mengenal pasti merekak untuk dibawa ke negara ini dan lokasi penempatan akan diputuskan kemudian.

Dalam pada itu, beliau berharap rakyat Malaysia tidak salah anggap dan membuat tanggapan negatif atas usaha tersebut, kerana ia adalah sebagai menjalankan tanggungjawab antarabangsa.

“Bukan sahaja Malaysia, malah Turkiye, Mesir, Pakistan dan Indonesia turut mengambil bahagian dalam usaha ini sebagai negara anggota  Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),” tambahnya lagi.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Khatam al-Quran anjuran Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO),Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti NS) dan Pertiwi Negeri Sembilan di Seremban, pada Selasa. -airtimes.my

#AirTimes #Palestin #Gaza #Malaysia

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?