Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 400 terbunuh di Gaza, Anwar selar kekejaman Israel – Air Times News Network
Home Semasa Lebih 400 terbunuh di Gaza, Anwar selar kekejaman Israel

Lebih 400 terbunuh di Gaza, Anwar selar kekejaman Israel

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pengeboman terbaru Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 400 orang Palestin disifatkan sebagai tindakan keji dan tidak dapat dipertahankan oleh masyarakat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan yang memusnahkan keseluruhan kawasan penempatan penduduk Palestin yang dikepung tanpa sebarang cara untuk melarikan diri itu dianggap sebagai pelanggaran hak asasi manusia yang serius.

“Pengeboman terbaru Israel ke atas Gaza, membunuh lebih 400 rakyat Palestin, adalah tindakan keji dan tidak dipertahankan,

“Pembunuhan beramai-ramai penduduk yang terkepung tanpa diberikan peluang untuk menyelamatkan dan mempertahankan diri,” jelas Anwar dalam hantaran Facebook, pada Selasa.

Perkara itu seakan sengaja mencipta kesukaran berterusan sekali gus mengganggu rundingan gencatan senjata.

Perdana Menteri turut menyeru masyarakat antarabangsa dalam memastikan rejim Zionis Israel bertanggungjawab dan menuntut penamatan segera atas kekejaman yang dilakukan.

Sementara itu, Anwar turut dilaporkan berkata, Malaysia akan terus menyatakan bantahan kepada pimpinan dan komuniti antarabangsa termasuk platform seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Tambahnya, Malaysia juga akan menghantar bantuan yang termampu dari segi kebajikan dan kemanusiaan.

“(Serangan) itu terus menerus (selama) setahun setengah walaupun ada percubaan genjatan senjata. Sebenarnya kita tidak setuju bunyinya bukan genjatan senjata sahaja (tetapi) menghentikan serangan ganas terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak di Gaza,

“Sekarang ada usaha perdamaian namun ada pembunuhan berterusan. Ini bermakna sistem pertahanan dunia ini sudah rosak dan keganasan itu diizinkan… ini sangat mengesalkan di bulan Ramadan yang mulia ini, tidak ada langsung perikemanusiaan,” jelasnya.

Sebelum ini, Anadolu Ajansi memaklumkan tentera Israel menyerang Semenanjung Gaza awal pagi Selasa, membunuh lebih 320 orang dan mencederakan ratusan yang lain, walaupun perjanjian gencatan senjata sedang berkuat kuasa.-airtimes.my

#semasa #airtimes #Malaysia #Gaza #Palestin

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?