Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Proses rakam keterangan Ismail Sabri ditangguh lagi – Air Times News Network
Home Semasa Proses rakam keterangan Ismail Sabri ditangguh lagi

Proses rakam keterangan Ismail Sabri ditangguh lagi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Proses merakam keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram ditangguhkan pada Rabu.

Menurut sumber SPRM, hal itu kerana Ismail Sabri tidak dapat hadir hari ini, namun sebabnya tidak dijelaskan.

“Tukar kepada esok … waktu belum ditetapkan,” kata sumber seperti dipetik media.

Pada Isnin, Ismail Sabri mengambil masa lebih enam jam untuk merakam keterangan.

Beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 9.52 pagi dan meninggalkan bangunan itu tepat pukul 4.30 petang.

Difahamkan siasatan pada Isnin itu menumpukan kepada beberapa dokumen penting iaitu kelulusan projek dan perolehan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri dikategorikan sebagai suspek kes terbabit selepas beberapa saksi, termasuk beliau sendiri dipanggil memberi keterangan.

Ia susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah rumah, hasil serbuan SPRM.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.-airtimes.my

#semasa #airtimes #SPRM #IsmailSabri #Malaysia #rasuah

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?