Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Menteri Agama: Serangan Israel terhadap petugas kemanusiaan satu jenayah perang – Air Times News Network
Home Semasa Menteri Agama: Serangan Israel terhadap petugas kemanusiaan satu jenayah perang

Menteri Agama: Serangan Israel terhadap petugas kemanusiaan satu jenayah perang

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam Israel ke atas petugas kemanusiaan di Gaza yang mengorbankan beberapa anggota di bawah seliaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau menyatakan rasa dukacita dan takziah terhadap insiden tragis tersebut serta menegaskan bahawa tindakan tidak berperikemanusiaan itu jelas melanggar prinsip asas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

“Tindakan Israel ini merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva, yang melindungi petugas kemanusiaan dalam zon peperangan

“Serangan terhadap mereka yang berusaha menyampaikan bantuan kemanusiaan adalah jenayah yang tidak boleh diterima dan perlu dikecam oleh seluruh masyarakat dunia,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, 8 petugas MAPIM maut dalam serangan udara oleh rejim Israel di Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, serangan berlaku pada 1.30 tengah hari, ketika petugas berkenaan sedang mendirikan khemah untuk menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan berterusan Israel.

Mengulas lanjut, Dr. Mohd Na’im berkata, agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan terus membantu Palestin dalam meringankan penderitaan rakyatnya yang sudah lama tertindas.

Menurutnya, dunia tidak boleh berdiam diri terhadap kekejaman yang berterusan ini.

Selain itu, Dr. Mohd Na’im menyeru rakyat Malaysia untuk terus berdoa serta membaca Qunut Nazilah demi kemenangan Palestin dan memberikan sokongan kepada perjuangan mereka.

Beliau juga menggesa agar masyarakat bersatu dalam menyalurkan sumbangan dan bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat Gaza yang semakin terhimpit dengan kezaliman.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin serta semua petugas kemanusiaan yang berjuang demi membantu mereka,” tambahnya lagi. -airtimes.my

#Palestin #MAPIM #SolidaritiUntukPalestin #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?