Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
EX-KURUNG simulasi 69 Komando patahkan serangan pengganas di Politeknik Ungku Omar – Air Times News Network
Home Semasa EX-KURUNG simulasi 69 Komando patahkan serangan pengganas di Politeknik Ungku Omar

EX-KURUNG simulasi 69 Komando patahkan serangan pengganas di Politeknik Ungku Omar

by Zaki Salleh

IPOH, 17 Mac – Bunyi tembakan bertalu-talu pada awal pagi menggemparkan penduduk di sekitar Taman Cempaka, Ipoh pada ketika orang ramai sibuk memulakan aktiviti.

Dari kejauhan kelihatan suasana sibuk apabila ratusan pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) dilihat berlari-lari dan berkumpul di kawasan lapang.

Sebelum itu, memang timbul keadaan cemas berikutan penduduk melihat kehadiran banyak kenderaan polis dan anggota yang lengkap bersenjata pukul 9 pagi di sekitar Politeknik Ungku Omar (PUO).

Pada masa sama banyak pesanan WhatsApp diterima, malah telah viral rakaman video berlaku kejadian jenayah di dalam kampus PUO.

Ada yang mendakwa terdapat pensyarah dan pelajar dijadikan tebusan.

Hanya pada pukul 10.15 pagi kerisauan orang ramai reda apabila rupa-rupanya pihak polis mengadakan simulasi latihan anti keganasan.

Ini bagi menjayakan Latihan Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan 69 Komando Pasukan Gerakan Khas dinamakan Ex-Kurung.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, latihan bersepadu itu turut membabitkan unit-unit lain.

Katanya, laporan kejadian diterima daripada pengawal keselamatan PUO itu merupakan permulaan kepada senario latihan.

“Latihan ini bagi menguji tahap kesiapsiagaan agensi terlibat termasuk ppolis, PUO dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam mengurus dan mengendalikan krisis keganasan.

“Kehadiran petugas yang ramai, kenderaan pasukan keselamatan dan kesihatan termasuk helikopter Pasukan Gerakan Udara di kawasan politeknik dan sekitarnya adalah sebahagian daripada latihan,” ujarnya.

Latihan seumpama ini dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk menguji keberkesanan pelan tindakan pengurusan krisis keganasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Sementara itu, pihak pengurusan PUO turut mengeluarkan kenyataan berhubung latihan itu.

“Ketika ini tular pelbagai spekulasi berkenaan kakitangan atau pelajar yang tercedera semasa sesi simulasi dijalankan.

“PUO ingin memaklumkan setakat ini hanya seorang pelajar yang mengalami kecederaan ringan dan kini sedang mendapatkan rawatan,” ujar kenyataan tersebut.

Pihak Kementerian Kesihatan turut berada di dalam kampus PUO untuk memberi bantuan kesihatan serta memberi perkhidmatan psikologi buat warga dan pelajar.

Latihan anti keganasan membabitkan kawasan institusi pengajian sebenarnya bukanlah lari daripada kelaziman kerana ini juga merupakan potensi sasaran.

Di luar negara, beberapa insiden serangan di sekolah dan kolej wajar dijadikan panduan supaya situasi sama dielakkan di sini.

Misalnya pada 5 Februari lalu, dilaporkan 11 orang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Orebro, Sweden.

Di Georgia, Amerika Syarikat pada 5 September 2024 pula empat terbunuh dan kira-kira 30 lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah menengah.-airtimes.my

#semasa #PDRM #VAT69 #politeknikungkuOmar #latihan #exkurung #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?