Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sewa atau beli: MINDEF pertimbang semula perolehan Black Hawk Tentera Darat – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Sewa atau beli: MINDEF pertimbang semula perolehan Black Hawk Tentera Darat

Sewa atau beli: MINDEF pertimbang semula perolehan Black Hawk Tentera Darat

by Zulfadhli Azmie

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang menilai semula kaedah terbaik untuk perolehan helikopter UH-60 Black Hawk bagi Tentera Darat Malaysia (TDM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, proses ini melibatkan pertimbangan antara perjanjian kerajaan-ke-kerajaan (G2G) atau model sewaan yang digunakan sebelum ini.

“Jadi kita harus melihat proses semasa, terutama dari segi harga kerana kita tahu itu keperluan di peringkat Kementerian Pertahanan dan kita kena lalui beberapa proses sebelum kita melihat bagaimana mendapatkannya dan mempercepatkan usaha terbabit,

“Kita ada banyak model pada hari ini, sama ada G2G atau model sewaan dan perbandingan serta penilaian akan dilakukan sebelum diputuskan. Kita cuba selesaikan tahun ini,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian, selepas Majlis Santunan Ramadan bersama Pekerja-Pekerja Sektor Pembersihan anjuran Yayasan Amal Asas dengan tajaan ILTIZAM bersama Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata, tender terbuka perolehan berkenaan akan dibuka sekiranya ada keperluan, dan terdapat pihak yang boleh memberi jaminan kepada kerajaan bahawa mereka boleh mendapatkan aset berkenaan.

Terdahulu, pada Mei 2023, MINDEF menandatangani kontrak sewaan lima tahun bernilai RM187 juta dengan Aerotree Defence and Services Sdn Bhd untuk empat helikopter Black Hawk.

Namun, penghantaran helikopter pertama yang dijadualkan pada November 2023 mengalami beberapa kelewatan, ditunda ke April 2024 dan seterusnya ke Oktober 2024.

Kegagalan syarikat tersebut memenuhi tarikh penghantaran yang ditetapkan menyebabkan MINDEF mengeluarkan notis pembatalan kontrak kepada Aerotree.

Susulan itu, MINDEF kini merancang untuk membuka semula tender bagi kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk TDM.-airtimes.my

#TDM #pesawat #Blackhawk #airtimes #Mindef #perolehan

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?