Home Diskusi Ayesha Farooq: Juruterbang pesawat tempur wanita yang pertama Pakistan

Ayesha Farooq: Juruterbang pesawat tempur wanita yang pertama Pakistan

by Aqilah Azman

Mengulas berkisar juruterbang, sudah tentunya yang terlintas di fikiran adalah satu identiti, sosok yang sentiasa dikagumi dan menjadi impian sesetengah individu untuk memiliki pekerjaan sebegitu. Kebiasaannya, peranan besar ini digalas oleh golongan lelaki berbanding wanita.

Akan tetapi, di era pemodenan yang kian berkembang, pelaksanaan tugas sebegini tidak semestinya terhad dan didominasi oleh kaum lelaki sahaja, malah boleh diperluaskan dan memberi peluang kepada wanita untuk menceburinya.

Justeru, bermudik di layar angkasa bukanlah suatu perkara yang mudah dan ia memerlukan satu semangat, keberanian yang luar biasa dalam bersedia mendepani pelbagai risiko dan cabaran yang tidak dijangka.

Namun, segala rintangan dan usaha keras yang sering dilaksanakan oleh lelaki ini tidak menjadi halangan untuk seorang wanita muda dari Pakistan bernama, Ayesha Farooq yang muncul sebagai juruterbang wanita pertama dalam ketenteraan di negaranya sendiri.

Wanita muslim pertama ini menyelami dunia penerbangan sebagai juruterbang dalam ketenteraan Pakistan pada tahun 2013 ketika usianya 26 tahun. Kerjaya di langit biru ini adalah impian yang dipendam sejak kecil dan memiliki semangat yang teguh dalam diri.

Walaupun dirinya berhijab, tidak memutuskan harapan beliau dalam mendahului lima rakan wanita seperjuangannya di Air University (AU) Pakistan malah lulus cemerlang dalam ujian akhir bagi juruterbang jet tempur.

Bagaimanapun, niatnya itu mendapat tentangan oleh keluarga bilamana mengutarakan keinginannya menjadi seorang juruterbang bagi membuktikan keupayaan wanita setanding lelaki yang majoritinya mendominasi tugasan juruterbang.

Seterusnya, setelah kejayaannya mendapat skor tertinggi dalam ujian terakhir, beliau menjalankan misi dengan jet pejuang dari China (Chengdu-7) bersama lagi 24 rakan lelaki seperjuangannya dalam skuadron ke-20.

Ayesha Farooq juga merupakan antara 19 wanita yang menjadi juruterbang dalam Pakistan Air Force (PAF) sejak tahun 2000 dan menjadi tanda perubahan di AU Pakistan. Manakala, penerbangan Ayesha antara satu-satunya daripada enam lagi juruterbang wanita yang layak untuk bertempur dan menerbangkan pesawat di sepanjang sempadan.

Dalam pada itu, kejayaan Ayesha hasil usaha daripada latihan yang dilakukan serta cabaran yang dilalui olehnya sepanjang mengendalikan pesawat. Hal ini, beliau ingin membuktikan pengetahuannya mengenai amunisi dan pesawat kepada rakan lelaki sepasukannya.

Latihan fizikal dan mental serta psikologi antara cabaran perlu dihadapi. Selain berhadapan risiko membabitkan nyawa dan keselamatan ketika misi atau latihan yang bahaya, di samping harus menepis kritikan dan diskriminasi isu gender terhadap tugas itu.

Berikutan, dengan sikapnya yang berani dan kuat dalam menentang stereotaip peran gender di negara-negara konservatif, sekaligus menjadi inspirasi kepada golongan wanita muda untuk menyertai dalam pelbagai posisi bagi penerbangan ketenteraan.

Pada masa sama, Ayesha juga pendorong, bertugas sebagai tenaga pengajar berkenaan kerjaya juruterbang serta ketenteraan kepada generasi muda dengan memberi jalan prosedur untuk menyertai bidang tersebut walaupun perlu mengorbankan waktu dan tenaga. Hal ini, bagi meningkatkan rasa keberanian dan kebanggaan dalam mempertahankan negara.

Segala jerih perihnya dalam berdepan pelbagai stigma masyarakat bagi membuka mata masyarakat untuk menerima bahawa bidang seperti penerbangan tidak terhad hanya kepada lelaki, malah terus menghargai wanita yang mampu mengendalikan pesawat berkaitan ketenteraan.

Maka, dengan prestasinya yang memberangsangkan dan diakui di seluruh dunia, Ayesha diberi penghargaan dan penghormatan di peringkat antarabangsa dan menjadi simbol perubahan dalam perspektif gender bagi tentera di Pakistan. -airtimes.my

#AirTimes #Pilot #AyeshaFarooq #JetTempur #Pakistan

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?