Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Transformasi latihan 21 GGK: Ke arah pasukan khas berdaya saing, global

Transformasi latihan 21 GGK: Ke arah pasukan khas berdaya saing, global

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Pasukan 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) terus memperkukuh kesiagaan dengan menekankan latihan yang efektif sebagai salah satu tonggak utama dalam memastikan pasukan elit ini kekal relevan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa serta masa hadapan.

Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab menekankan bahawa latihan bukan sekadar satu keperluan, tetapi juga suatu bentuk kebajikan kepada anggota kerana ia memperkukuhkan semangat persaudaraan serta meningkatkan profesionalisme mereka.

Menurutnya, latihan yang berterusan menjadi kunci utama dalam meningkatkan mutu profesionalisme 21 GGK agar sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.

“Penekanan latihan yang efektif yang diukur melalui ujian-ujian berkala adalah bagi melahirkan highly skilled and adaptable special forces operator and thinking serta professional soldier,

“Latihan yang efektif juga bertujuan untuk memperkasa capacity dan capability building. Pemerkasaan capacity dan capability building melibatkan perancangan pengurusan aset  dan infrastruktur latihan bagi mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran anggota,

“Latihan yang realistik memainkan peranan penting dalam menghubungkan sumber yang tersedia (capacity)  dengan keupayaan praktikal (capability) dalam memastikan anggota dapat menghadapi situasi sebenar dengan cekap  dan berkesan apabila diperlukan oleh negara,” ujarnya lagi.

Panglima 21 gerup Gerak Khas (GGK), Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab menekankan 5 teras utama sebagai komitmen dalam meningkatkan profesionalisme warga GGK. Foto: AirTimes/Zulhaizi

Latihan yang efektif ini merupakan salah satu dari 5 teras utama yang digariskan oleh Ahmad Shuhaimi dalam meningkatkan profesionalisme warga GGK ketika menyampaikan Perintah Ulung Panglima 21 GGK pada Khamis lalu.

Selain itu, perkembangan teknologi dan perubahan ancaman yang dinamik menuntut penerapan konsep ‘Learn-Unlearn-Relearn’ dalam latihan.

“Penerapan konsep pembelajaran berterusan ini merangkumi learn iaitu memastikan anggota sentiasa menimba ilmu dan kemahiran baharu,  unlearn iaitu berani meninggalkan pendekatan lama yang tidak relevan,

“Manakala, relearn iaitu memperbaharui ilmu dengan menyesuaikan diri kepada keperluan semasa,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua warga 21 GGK untuk sentiasa mempraktikkan mentaliti latihan dalam formasi ini

Anggota dan pegawai GGK laksana penerjunan statik serta bebas semasa sambutan Perutusan Perintah Ulung Panglima 21 GGK ke-17 di Kem Iskandar, mersing pada Khamis lalu. Foto: AirTimes/N.Huda

Tambahnya, latihan bukan sekadar program tetapi harus menjadi budaya hidup dalam formasi warga GGK.

Dalam usaha melahirkan pemimpin berkarakter dan berfikiran strategik,  Ahmad Shuhaimi menyeru kepada seluruh warga 21 GGk agar memperkasa penglibatan anggota dalam kursus serta latihan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Ini termasuk penyertaan dalam program pertukaran, seminar serta latihan bilateral dan multilateral bersama pasukan khas luar negara untuk meningkatkan pendedahan dan keupayaan global anggota,” jelasnya lagi.

Selain aspek ketenteraan, kecemerlangan dalam bidang sukan juga menjadi salah satu manifestasi latihan yang efektif.

“Gerak Khas juga akan memberikan tumpuan kepada kecemerlangan dalam sukan-sukan tertentu  sebagai salah satu pendekatan untuk membina daya tahan, disiplin dan semangat berpasukan,

“Program sukan yang menyeluruh perlu dirancang bagi kecemerlangan sukan 21 GGK. Latihan yang efektif bukan sahaja membina kekuatan fizikal tetapi juga memperkukuh mental dan moral anggota,

“Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan komitmen terhadap latihan yang berterusan dan efektif demi memastikan kejayaan misi dan keselamatan negara,” jelas Panglima 21 GGK lagi.

Pada Khamis, Panglima 21 GGK telah menyertai demonstrasi penggempuran pesawat bersama anggota dan pegawai GGK sebelum penyampaikan Perintah Ulung Panglima GGK ke-17 di Kem Iskandar Mersing.

Seramai 79 pegawai dan 567 anggota terlibat dalam perbarisan tempur tersebut yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Rejimen 11 Gerak Khas Kolonel Ahmad Huzaini Zainudin.

Seramai 79 pegawai serta 567 anggota terlibat dengan Perbarisan Perintah Ulung Panglima 21 Gerup Gerak Khas Ke-17, Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab pada Khamis lalu. Foto: AirTimes/Zulhaizi

Selain itu, turut diadakan latihan penerjunan bebas dan statik serta merentas dataran yang melibatkan pegawai serta anggota dari warga Gerak Khas.-airtimes.my

#GGK #GerupGerakKhas #komando #gerakkhas #TDM #ATM #airtimes

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?