KUALA LUMPUR, 8 FEB – Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin Hj Ludin, menyatakan rasa bangga atas pencapaian TLDM dalam kejohanan Inter-Service Games (ISG) tahun 2024.
Malam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM tahun 2024 tersebut, telah dirasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut yang dilaksanakan di Auditorium M. Sidek Shabudin, KD PELANDOK, hari ini.
Berikutan, ia atas pencapaian cemerlang, kejayaan dalam mempertahankan kejuaraan kejohanan ISG Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk kali ke-15 berturut-turut.
“Satu pencapaian yang amat membanggakan dan sukar ditandingi,” katanya.
Demikian, kesungguhan dan komitmen di luar kebiasaaan dan kemampuan dalam menghasilkan prestasi yang membanggakan perkhidmatan antara aspek yang telah dinilai.
Susulan, Persatuan Menembak TLDM berjaya merangkul Anugerah Persatuan Sukan Terbaik TLDM bagi 2024.
Daripada itu, berdasarkan pencapaian cemerlang di peringkat kebangsaan, Bintara Muda Missy binti Jaafar dari Persatuan Menembak TLDM, menerima gelaran Olahragawati Sukan 2024.
Sementara itu, PW II TLR Mohd Zahir @ Sulaiman Safinyi daripada suka sepak takraw merangkul Anugerah Jurulatih Sukan Terbaik TLDM 2024 serta membawa pulang trofi dan wang tunai.
Manakala, Laskar Kanan TNL Norfaizzul Abd Razak daripada persatuan sama dipilih sebagai Olahragawati Sukan 2024.
Pada masa sama, Anugerah Khas Pencapaian Luar Jangkaan 2024 pula dimenangi oleh Persatuan Petanque TLDM.
“Pemilihan setiap pemenang adalah berdasarkan pencapaian atlet dan persatuan sukan sepanjang 2024 di setiap peringkat kejohanan yang disertai,” jelasnya.
Menurutnya lagi, majlis ini merupakan sebagai platform bagi menyuntik semangat dan motivasi kepada persatuan sukan TLDM, dalam usaha mengekalkan kejuaraan kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan ISG Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar semua persatuan sukan mengekalkan momentum yang cemerlang dan pada masa yang sama sentiasa mencari peluang dan ruang untuk meningkatkan prestasi atlet masing- masing.
Majlis tersebut adalah bagi menghargai sumbangan persatuan sukan TLDM 2024, selain menzahirkan penghargaan kepada semua atlet dan persatuan sukan yang terlibat serta untuk memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara ahli persatuan dengan pengurusan tertinggi TLDM.
Kesemua atlet yang mencapai kejayaan ini, telah menerima trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.00. -airtimes.my
#AirTimes #TLDM #ISG #ATM #Sukan #Malaysia