Home Pertahanan dan Keselamatan LCS 2: Persediaan salutan tambahan tingkat ketahanan kapal

LCS 2: Persediaan salutan tambahan tingkat ketahanan kapal

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Jan –  Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS) 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mencatat kemajuan signifikan apabila berjaya menyelesaikan proses blasting dan pengecatan tahap pertama.

Syarikat Lumut Naval Shipyard (LUNAS) memaklumkan, proses mengecat tahap pertama itu membolehkan kerja-kerja selanjutnya dilakukan untuk menyiapkan kapal perang itu.

“Kapal Tempur Littoral (LCS) 2 telah berjaya menyelesaikan proses letupan dan pengecatan tahap pertama, menandakan peristiwa penting dalam perjalanan pembinaannya,” kata syarikat itu menerusi hantaran di laman media sosialnya, pada Rabu.

Menurut LUNAS, kapal tersebut kini akan memasuki fasa seterusnya, iaitu penyediaan permukaan dan aplikasi salutan tambahan.

“Langkah ini bertujuan memastikan semua kawasan kritikal memenuhi standard tinggi yang diperlukan, terutama dari segi ketahanan terhadap persekitaran maritim yang mencabar,

“Prosedur penting ini memastikan permukaan kapal siap sementara kami bergerak secara progresif ke peringkat seterusnya, di mana lapisan tambahan salutan akan digunakan dengan teliti untuk meningkatkan ketahanan dan daya tahan,” ujarnya lagi.

Jelas LUNAS, kemajuan ini memberikan keyakinan bahawa projek LCS 2 sedang berada pada landasan yang betul menuju kepada penyiapan projek tersebut.

“LUNAS kekal komited untuk menyampaikan kecemerlangan dalam pembinaan LCS,” tambah hantaran itu lagi.

Proses blasting dan proses pengecatan ini merupakan langkah kritikal dalam industri perkapalan bagi memastikan permukaan logam yang bersih dan kasar mempunyai daya lekatan maksimum salutan perlindungan, sekaligus meningkatkan ketahanan kapal terhadap kakisan.

Proses ini merangkumi pembersihan permukaan melalui abrasive blasting bagi menghilangkan karat, lapisan lama dan bahan cemar, diikuti dengan aplikasi lapisan pelindung secara berperingkat, termasuk lapisan primer, pertengahan dan topcoats.

Langkah ini penting untuk memastikan kapal mampu bertahan dalam keadaan maritim yang mencabar, termasuk cuaca ekstrem, air masin, dan operasi berisiko tinggi. Ia juga memastikan jangka hayat kapal lebih panjang dengan penyelenggaraan yang lebih minima.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, status kemajuan semasa bagi perolehan LCS kini dilaporkan melebihi jadual perancangan iaitu sebanyak 69.58 peratus berbanding 69.50 peratus pada 25 Ogos lalu.

Bagi LCS kedua pula, ia akan turun ke permukaan air sebelum menjalani Ujian Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial (SAT) oleh TLDM pada pertengahan tahun 2025.-airtimes.my

#pertahanan #TLDM #LCS #kapal #Malaysia #airtimes

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?