Home Pertahanan dan Keselamatan Status terkini kemajuan projek LCS melebihi jadual rancangan

Status terkini kemajuan projek LCS melebihi jadual rancangan

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 16 OKT – Kemajuan perkembangan projek Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan melebihi jadual dirancangkan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh pihak Menteri Pertahanan dalam penyataan jawapan lisan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, perolehan LCS ini sedang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan di dalam kontrak.

“Status kemajuan semasa bagi perolehan LCS secara keseluruhan merangkumi elemen rekabentuk, pembinaan, peralatan serta ujian yang berakhir pada 25 Ogos 2024 adalah sebanyak 69.58% berbanding perancangan iaitu 69.50% dengan perbezaan sebanyak 0.08% (melebihi jadual daripada yang dirancangkan).

“Berdasarkan perancangan perbatuan yang terkandung dalam kontrak yang telah ditandatangani, Kapal LCS pertama akan dapat disiapkan pada penghujung tahun 2024,” kata penyataan jawapan lisan Menteri Pertahanan kepada Ahli Parlimen Serian,

Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem.

Menurut jawapan itu, LCS akan menjalani Ujian Penerimaan Pelabuhan (Harbour Acceptance Test, HAT) dan Ujian Penerimaan Perairan (Sea Acceptance Trial, SAT) selama 2 tahun oleh TLDM.

“Bagi Kapal LCS kedua pula, ia akan turun ke permukaan air sebelum ia menjalani HAT dan SAT pada pertengahan tahun 2025,” kata penyataan lisan itu.

Projek LCS pada ketika ini sedang dikendalikan oleh Lumut Naval Shipyard (LUNAS). – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #LCS

Leave a Reply