Home Pertahanan dan Keselamatan ATM teguh pertahankan kedaulatan negara – Panglima Angkatan Tentera

ATM teguh pertahankan kedaulatan negara – Panglima Angkatan Tentera

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menjalankan tugas sebagai benteng pertahanan negara dengan tekad yang tidak berbelah bahagi dalam menjaga keselamatan tanah air.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kedaulatan negara akan terus dipertahankan tanpa kompromi.

Dalam perutusan Tahun Baru 2025, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman menyatakan bahawa mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air akan terus menjadi tanggungjawab utama ATM.

Beliau menambah bahawa seluruh warga ATM bertekad untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia terpelihara dan keutuhan negara terus terjamin demi masa depan yang lebih aman dan makmur.

“Dengan penuh keyakinan, saya memberi jaminan bahawa tugas kami sebagai benteng pertahanan negara akan diteruskan dengan tekad yang tidak berbelah bahagi,

“Kami akan memastikan kedaulatan ibu pertiwi ini dipertahankan, keselamatan rakyat terpelihara, dan keutuhan negara terjamin dalam menghadapi segala cabaran,” ujar beliau.

Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia terus mendukung ATM dalam usaha mempertahankan keamanan negara, dengan menekankan pentingnya perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk negara ini.

“Marilah kita bersama-sama memupuk suasana harmoni dengan mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan, saling menghormati, dan memperkukuhkan perpaduan. Dengan sokongan dan kerjasama kita semua, negara kita akan terus aman dan sejahtera,” tambahnya.

Dalam perutusannya juga, Mohammad turut berharap agar tahun 2025 membawa keberkatan kepada seluruh rakyat Malaysia, dengan harapan agar negara terus berada dalam perlindungan dan rahmat Allah S.W.T.-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #ATM #Malaysia #TahunBaru2025

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?