Home Diskusi Senjata Melayu bukannya diguna untuk keuntungan

Senjata Melayu bukannya diguna untuk keuntungan

by Aqilah Azman

Dalam penghayatan sejarah Melayu di tanah air, seni pertahanan diri dianggap sebagai perisai dan kekebalan diri dalam berhadapan sesuatu ancaman mahupun peperangan yang melibatkan pasukan lebih besar.

Lebih-lebih lagi, memerlukan kekuatan dalam bertempur dari segi fizikal dan mental. Dengan melalui peralatan senjata pedang ini mampu membantu untuk orang Melayu menewaskan musuh mahupun penjajah dahulu.

Menerusi perkongsian daripada guru silat dan pedang, Wan Yusmar Wan Yusof yang sudah hampir 40 tahun pengalamannya dalam penggunaan pedang, beliau menangkis dakwaan sesetengah individu berkenaan senjata pedang boleh digunakan sebagai ‘ritual’ untuk semangat mahupun pendamping.

Berikutan, pedang dianggap sebagai pendamping dan semangat buat diri seseorang seperti dengan menyeru ‘Jin’ untuk duduk pada senjata-senjata adalah bertentangan dan mendatangkan masalah.

“Isunya bermula bila sebelum kita Islam, kita mengamalkan Animism, ini mengikut kajian pakar sejarah. Amalan daripada Animisme, Hinduism, Buddhism selepas Islam masuk, amalan tu memang bertentangan dengan hukum syarak tetapi diIslamkan dengan cara Islamik,” jelas Wan Yusmar Wan Yusof selaku guru Silat dan Pedang.

Walaupun kelihatan Islamik, namun masih banyak lagi kecanggahan dengan hukum syarak dan tidak seharusnya perbuatan haram dan syirik ini terus diamalkan oleh umat Islam.

Bagaimanapun, perbuatan syirik dan diwarisi oleh turun-temurun leluhur ini masih berada dalam kalangan masyarakat yang mempercayainya. Cikgu Wan Yusmar turut berpandangan, untuk mengubah mentaliti sesetengah orang adakalanya bukan mudah walaupun telah diperjelaskan hukum dari segi agama.

Dalam pada itu, berkenaan isu kalimah ‘Lailahailallah’ yang terdapat di pedang ‘Buaya Berenang’, cikgu Wan Yusmar tidak dapat memberi kata putus dan mengulas lebih lanjut serta meletakkan hukum selagi tidak dikeluarkan oleh mufti.

“Saya tak suka letak kalimat-kalimat Allah pada pedang ni. Tapi mereka kata dekat pedang Nabi ada,” ujarnya berkenaan kewajaran pedang berkalimah digunakan semasa pertempuran, yang dilumuri darah.

Mengulas lanjut, menurutnya pedang ini juga boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja dan tidak tertakluk kepada individu tertentu sahaja untuk memanfaatkannya.

Susulan,  berkenaan kalimah yang terdapat di pedang ‘Buaya Berenang’ ini, sudah dirujuk kepada para ulama’ dan perkara tersebut bergantung atas pendirian individu itu sendiri. -airtimes.my

#AirTimes #Pedang #Warisan #Melayu #Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!