Home Diskusi Cukai jalan dan lesen fizikal kembali, caj tambahan menanti

Cukai jalan dan lesen fizikal kembali, caj tambahan menanti

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR – “Lesen memandu pun kena bayar kalau nak yang fizikal?” Mungkin ini antara reaksi yang kedengaran sejak pengumuman terkini daripada Kementerian Pengangkutan (MOT). 

Bermula tahun hadapan, mereka yang masih mahu mendapatkan lesen memandu atau cukai jalan dalam bentuk fizikal boleh berbuat demikian namun mungkin akan dikenakan bayaran tambahan.

Terdahulu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah ini bertujuan memenuhi permintaan segelintir pengguna yang masih memerlukan dokumen bercetak meskipun sistem pendigitalan telah diperkenalkan. 

Katanya, inisiatif berbayar ini akan dilaksanakan awal tahun depan bagi memastikan rakyat mempunyai pilihan.

“Masih ada lagi rungutan orang ramai bahawa mereka ingin melihat atau mencetak lesen atau cukai jalan. Memang kita akan tambah baik.

“Kita akan umumkan satu inisiatif kepada orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal. Mungkin kena bayar pencetakan itu,” katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar ini, nampaknya benar bahawa tiada apa-apa yang percuma lagi.

Kementerian Pengangkutan Malaysia bersama Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum ini memperkenalkan kaedah pendigitalan. (Foto Hiasan)

Jika difikirkan kembali, walaupun pendigitalan dokumen seperti lesen memandu dan cukai jalan mampu menjimatkan masa menunggu di kaunter, namun ianya bukanlah kaedah yang diminati bagi sesetengah masyarakat.

Bagi segelintir yang belum biasa atau tidak menggunakan telefon pintar, golongan ini lebih selesa dengan dokumen bercetak sebagai rujukan fizikal, terutama ketika melalui sekatan jalan raya atau “roadblock” oleh penguat kuasa.

Selain itu, bagi pemandu baharu, lesen fizikal bukan sekadar kad namun “piala” kebanggaan selepas berjaya melepasi Ujian Lesen Memandu.

Apa pun, pilihan tetap di tangan rakyat. Mereka yang selesa dengan teknologi boleh terus menggunakan aplikasi digital tanpa sebarang bayaran tambahan, manakala mereka yang mahukan lesen fizikal perlu bersedia membayar harga untuk keperluan tersebut. -airtimes.my

#LesenMemandu #JPJ #Malaysia #AirTimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!