KUALA LUMPUR, 8 NOV- Kesemua Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), seramai 16 Pegawai dan Anggota TUDM bersama helikopter EC 725 AP dari No 5 Skuadron selamat tiba di Pangkalan Udara Labuan pada 2 November lalu.
Berikutan, Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang telah diatur gerak pada 26 Oktober 2024 lalu, 16 Pegawai dan Anggota terlibat misi HADR dianugerahkan sijil penghargaan dalam satu majlis di Pangkalan Udara Subang, semalam,
Pegawai tertinggi selaku Ketua Misi, Mej Thaddaeus Raphael Ak Azis @ Sait menzahirkan rasa bangga bilamana dapat membantu di samping memperkukuhkan hubungan di antara negara-negara Asian lain.
Dalam pada itu, Mej Thaddaeus Raphael juga menyatakan helikopter EC 725 merupakan sebuah pesawat yang sangat baik dan perjalanan sepanjang misi berjalan dengan lancar.
“Sepanjang di sana kami melakukan misi Freight Com, iaitu menghantar barang-barang semua di Manila, Filipina,” katanya.
Tambahnya, misi bantuan tersebut turut dihantar ke Bicol International Airport dan Airport Naga.
“Selaku Detachment Commander kali ini, saya dapat mengatakan yang EC75 ini adalah sebuah pesawat yang sangat baik dan berjaya melaksanakan misi dengan baik dan selamat,” ujar Mej Thaddaeus Raphael.
Terdahulu, Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) telah dilaksanakan atas arahan Kerajaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu Filipina yang dilanda Taufan Tropika Kristine atau Trami pada Oktober lalu.
Taufan Kristine telah mengakibatkan banjir besar serta tanah runtuh di beberapa wilayah di Filipina. -airtimes.my
#AirTimes #TUDM #MisiHADR #Malaysia