Home SemasaSultan Selangor titah tubuhkan jawatankuasa pulihkan 600 kanak-kanak GISBH

Sultan Selangor titah tubuhkan jawatankuasa pulihkan 600 kanak-kanak GISBH

by M.Daim
A+A-
Reset

SHAH ALAM, 9 OKT – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini menitahkan penubuhan satu jawatankuasa khusus untuk pulihkan 600 kanak-kanak GISB Holdings (GISBH).

Menurut Pejabat DYMM Sultan Selangor, Baginda mahu perkara ini diselesaikan dengan kadar segera.

Terdahulu, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah dan Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

“Pada pertemuan ini, Baginda berkenan menitahkan agar satu jawatankuasa dibentuk bagi menghasilkan kertas kerja terperinci untuk mengenalpasti kaedah terbaik memulihkan kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) yang berjumlah lebih 600 orang,

“Baginda mahu perkara ini dikendalikan dengan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana membabitkan masa depan kanak-kanak yang terlibat,” kata Pejabat Sultan Selangor dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Menurutnya, jawatankuasa ini kelak akan melapor terus kepada Sultan Selangor serta bertanggungjawab memulihkan kanak-kanak ini, seterusnya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat dalam tempoh yang ditetapkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply