KUALA LUMPUR, 25 OGOS – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD PENDEKAR dilaporkan dalam keadaan ‘separa tenggelam’ selepas terkandas di perairan Johor, hari ini.
TLDM dalam satu kenyataan berkata, insiden yang menimpal kapal serang laju kelas Handalan itu berlaku pada waktu tengah hari di keduduk 2 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop, Johor,
“Kapal mengalami kebocoran dan kebanjiran besar. Kebocoran dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek di bawah air,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, kebocoran dikesan di Bilik Jentera kapal dan telah merebak dengan cepat serta tak terkawal,
“Kesemua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran dan menstabilkan kapal tidak berjaya,
“Fokus utama TLDM pada ketika ini adalah untuk melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal,” kata kenyataan itu.
Jurucakap TLDM menyatakan pada ketika ini kapal malang itu dalam keadaan ‘separa tenggelam’.
KD PENDEKAR merupakan salah satu daripada 4 buah kapal kapal serang laju yang dioperasikan oleh TLDM pada ketika ini.
Kapal ini dihasilkan berdasarkan reka bentuk kapal serang laju Spica-M buatan Sweden.
KD PENDEKAR ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM pada tahun 1979. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TLDM