Home Semasa MCCF dan MyUNI meterai MoU biaya pendidikan pelajar asnaf dan B40

MCCF dan MyUNI meterai MoU biaya pendidikan pelajar asnaf dan B40

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 19 OGOS – Malaysian Community Care Foundation (MCCF) dan Iklanika Sdn Bhd (MyUni) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menubuhkan Dana Pendidikan Pelajar Asnaf & B40.

MCCF dalam satu kenyataan berkata, dana ini adalah bertujuan membantu  pelajar golongan asnaf yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, MyUni, merupakan sebuah sistem kemasukan pelajar secara atas talian yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini bekerjasama dengan lebih 60 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan telah menarik lebih 500,000 capaian awam.

“Sumbangan pendidikan ini  adalah bagi meringankan bebanan pendaftaran bagi ibubapa golongan asnaf untuk pelajar melanjutkan pengajian mereka,” kata Pengasas dan Pengerusi MCCF, Dato’ Seri Halim Ishak dalam satu kenyataan.

Melalui MoU ini, MCCF dan MyUni berhasrat untuk memperluas akses pendidikan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, kumpulan asnaf, dan kumpulan B40.

“Dana ini adalah langkah penting dalam memperkasakan pelajar yang memerlukan, memastikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua,” jelas Pengarah Urusan MyUni (Iklanika Sdn Bhd), Ahmad Shukri Abdul Ghani.

Jelas kenyataan itu, kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam menyokong kemajuan pendidikan di Malaysia, memastikan setiap pelajar mempunyai peluang untuk mengejar impian akademik mereka. – airtime.my

Untuk maklumat lanjut mengenai Dana Pendidikan MYUNI-MCCF, layari [www.MyUni.com.my](http://www.MyUni.com.my) atau hubungi 03-6178 6095 (MCCF) / 03-6177 1561 (MyUni).

#AirTimes #Semasa #MCCF #MyUni #Pendidikan

Related Articles

Leave a Reply