Home SemasaKapal pengawal pantai China, Filipina berlanggar di kawasan perairan tuntutan bertindih

Kapal pengawal pantai China, Filipina berlanggar di kawasan perairan tuntutan bertindih

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

MANILA, 19 OGOS – Hubungan diplomatik antara China dan Filipina dijangka akan kembali tegang berikutan insiden pelanggaran kapal yang melibatkan pasukan penguatkuasaan kedua-dua negara.

Pihak National Task Force for the West Philippine Sea (NTF-WPS) hari ini mengesahkan dua buah kapal Pasukan Pengawal Pantai Filipina (Philippine Coast Guard , PCG) mengalami kerosakan.

Menurut jurucakap NTF-WPS, Jonathan Malaya, kedua-dua kapal PCG yang terjejas dilaporkan telah dilanggar oleh kapal Pasukan Pengawal Pantai China (China Coast Guard , CCG).

“Kedua-dua kapal PCG, BRP Bagacay dan BRP Cape Engaño telah berhadapan dengan tindakan manuver agresif oleh CCG semasa dalam perjalanan ke Kepulauan Patag dan Lawak,

“Tindakan ini telah menyebabkan pelanggaran dan kerosakan pada struktur kedua-dua kapal PCG,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, BRP Cape Engaño berlubang sebesar 5 inci akibat pelanggaran oleh kapal CCGV-3104.

Sementara itu, jurucakap PCG, Commodore Jay Tristan Tarriela menyatakan kedua-dua kapal BRP Bagacay dan BRP Cape Engaño berlubang akibat pelanggaran itu.

“MRRV-4410 (BRP Bagacay) mempunyai lubang di bahagian kiri (port side) kapal,

“Selain itu, pelanggaran CCGV 3104 terhadap MRRV-4411(BRP Cape Engaño) telah menyebakan lubang sebesar 1.1 meter di bahagian kanan (starboard),” kata Jay di akaun media sosial rasmi beliau. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Filipina

Related Articles

Leave a Reply