Home Semasa 1.8% penduduk Gaza menjadi korban perang semenjak 7 Oktober

1.8% penduduk Gaza menjadi korban perang semenjak 7 Oktober

Pihak Biro Pusat Statistik Palestin menyatakan 39,790 penduduk Gaza terkorban semenjak 7 Oktober sehingga 10 Ogos 2024

by M.Daim

BAITULMAQDIS, 12 OGOS – Biro Pusat Statistik Palestin (Palestinian Central Bureau of Statistics, PCBS) menyatakan sekitar 1.8 peratus daripada populasi penduduk Gaza telah terkorban semenjak 7 Oktober 2023.

Menurutnya, lebih 24 peratus daripada angka itu melibatkan golongan muda yang berusia antara 18 hingga 29 tahun.

“Disebalik jumlah tersebut, 34 daripada penduduk Gaza disahkan maut akibat kebuluran,

“Selain itu, 3,500 kanak-kanak berhadapan dengan risiko kekurangan zat dan makanan,” kata PCBS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Tambahnya, seramai 39,790 penduduk Gaza disahkan terkorban dan 620 lagi dilaporkan maut di Tebing Barat.

Statistik dikeluarkan oleh agensi itu turut merekodkan seramai 16,365 kanak-kanak dan 11,012 wanita kehilangan nyawa akibat yang berlaku di wilayah yang mempunyai 2.2 juta penduduk semenjak tahun lalu. – airtimes.my

#AirTimes #Palestin #Global

Related Articles

Leave a Reply