Home SemasaIktiraf Palestin sebagai negara, Norway dan Israel bertegang urat

Iktiraf Palestin sebagai negara, Norway dan Israel bertegang urat

Israel tarik balik akreditasi diplomat Oslo untuk berurusan dengan Palestine Authority

by M.Daim
A+A-
Reset

OSLO, 11 OGOS – Keputusan Norway untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara mengundang kecaman dan pertelagahan diplomatik dengan Israel.

 

Terbaharu, Tel Aviv telah menyekat pengiktirafan diplomatik Norway untuk berurusan dengan kerajaan Palestin Authority.

 

Sekatan akreditasi itu telah disahkan oleh kerajaan Norway dalam satu kenyataan.

 

“Kami menerima mesej dari kerajaan Netanyahu bahawa mereka tidak akan lagi memudahkan kerja diplomat Norway di wilayah Palestin,” kata Kementerian Luar Norway dalam satu kenyataan pada Khamis.

 

Selain sekatan akreditasi diplomatik,  Israel turut mengeluarkan dan membatalkan deposit akaun bank berkaitan Tel Aviv di Norway.

 

“Ini adalah tindakan yang melampau yang sangat mempengaruhi keupayaan kami untuk membantu rakyat Palestin,

 

“Keputusan Israel untuk menarik balik status diplomatik anggota kedutaan kami adalah langkah yang melampau dan akan mempunyai kesan,” kata kementerian itu.

 

Terdahulu, kerajaan Norway telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada Mei lalu. Langkah yang sama turut dilakukan oleh kerajaan Ireland dan Sepanyol. Armenia dan Slovenia mengikut jejak ketiga-tiga negara Eropah itu pada Jun.

Pada Julai lalu, Knesset (parlimen Israel) telah memutuskan untuk menolak penubuhan negara Palestin, yang dianggap sebagai “ancaman kewujudan” kepada Israel.

 

Selain itu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 19 Julai memutuskan pendudukan Israel di Palestin semenjak beberapa dekad sebagai haram dan melanggar peraturan antarabangsa.

 

Keputusan itu juga turut menuntut pengosongan semua penempatan yang sedia ada di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – airtimes.my

 

#AirTimes #Global

Related Articles

Leave a Reply