Home Semasa Tentera laut British ekori, pantau kapal perang China masuki Selat Inggeris

Tentera laut British ekori, pantau kapal perang China masuki Selat Inggeris

Kapal pembinasa JIAOZUO dan kapal bekalan HONGHU milik Tentera Laut Republik Rakyat China berlayar masuki kawasan perairan United Kingdom

by M.Daim

LONDON, 11 OGOS – Tentera laut British (Royal Navy, RN)telah melakukan pemantauan terhadap kehadiran kapal perang China yang melalui Selat Inggeris.

Pihak RN dalam satu kenyataan berkataan, kapal British, HMS RICHMOND telah mengiringi kapal pembinasa JIAOZUO dan kapal bekalan HONGHU yang memasuki kawasan selat memisahkan British dengan Eropah.

Menurutnya, kedua-dua kapal milik Tentera Laut Republik Rakyat China (PLA-Navy, PLAN) dalam perjalanan pulang dari St Petersburg bagi menyertai sambutan Hari Tentera Laut Rusia pada akhir Julai lalu.

Sebelum memasuki Selat Inggeris, kedua-dua kapal PLAN telah diiringi oleh kapal tentera laut Perancis, COMMANDANT BLAISON dan Belgium, POLLUX.

“Dengan kerjasama rakan dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kapal HMS RICHMOND telah berjaya melakukan pemantauan terhadap kedua-dua kapal PLAN,

“Pemantauan dilakukan bagi memastikan kedua-dua kapal China melalui kawasan perairan United Kingdom (UK) dengan selamat dan mematuhi peraturan perairan,” kata kenyataan itu.

Kehadiran kapal perang China di Selat Inggeris agak jarang berlaku namun pelayaran Jiaozuo dan Honghu merupakan kali pertama semenjak tahun 2019.

Pada tahun 2019, RN telah melaksanakan operasi yang sama bagi mengiringi kapal pembinasa PLAN, Xian yang menyertai sambutan di Rusia. – airtimes.my

#AirTimes #Global #China #UK

Related Articles

Leave a Reply