Sinonim dengan adat dan lambang kemegahan negara di bawah pemerintahan yang dikawal dengan jaminan kuasa pertahanan, meriam seringkali menjadi antara senjata digunakan dalam upacara istiadat mahupun khas pada acara-acara tertentu.
Dapat dilihat, meriam disifatkan satu peralatan senjata yang ‘gah’ dengan memiliki kuasa pemusnah dari jarak jauh dan berperan penting sebagai enteng dalam mempertahankan negara daripada diancam oleh pihak musuh.
Berikutan, beberapa meriam yang dilengkapi dengan peluru, serbuk letupan atau bahan dorong berasaskan letupan biasa, ia diguna tembak sebagai tanda kehormatan.
Di samping, sebagai cerminan yang berhubung rapat dengan unsur keyakinan diri serta semangat juang oleh masyarakat alam Melayu.
Ia juga merupakan suatu senjata yang merangkumi pelbagai jenis kaliber, jarak, kemudahalihan, kadar tembakan, sudut tembakan dan kuasa tembakan serta bentuk meriam berlainan yang digabungkan dan menyeimbangkan ciri-ciri dalam pelbagai darjah adalah bergantung pada tujuan dalam medan peperangan.
Maka, penggunaan senjata meriam model 105MM-M102 menjadi satu tradisi digunakan pada Hari Pahlawan dan beberapa istiadat sebelum ini adalah signifikan bagi memberi penghormatan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika mencemar duli ke majlis Hari Pahlawan.
Justeru, tembakan meriam tersebut hanya digunakan khas untuk istiadat sahaja dan tidak terlibat dengan mana-mana operasi dan ia model yang sama dengan istiadat-istiadat yang berlainan Agong sebelum ini.
Sebanyak 21 das tembakan di upacara istiadat pertabalan Agong yang sebelum ini dan bersamaan dengan Hari Pahlawan juga melancarkan 21 das tembakan dan disempurnakan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja sebagai tanda kehormatan.
Menurut makluman Pegawai Waran II Mohd Rozlan Daud, pemberian meriam oleh United States kepada Malaysia ini adalah “untuk Seri Paduka bagi Yang di-Pertuan Agong, kita akan keluarkan 6 biji Meriam, 6 laras Meriam, anggota setiap satu Meriam, 6 kali anggota.”
Sementelahan, meriam juga simbolik sebagai senjata api dalam peperangan bagi membela Islam dan tanah air terutama terhadap penjajahan malah ia membangkitkan semangat para tentera untuk dalam perjuangan.
Senjata meriam yang telah diberhentikan perkhidmatan ini, diperkenalkan sejak Perang Kedua Vietnam dan dikenali “Pack Howitzer” dengan tembakan 21 guns salute pada Hari Pahlawan adalah amalan biasa di peringkat antarabangsa termasuk negara-negara Komanwel.
Sejak 1960-an merupakan dekad lonjakan dalam teknologi persenjataan dan Vietnam menjadi medan ujian senjata serta merupakan taktik baru dalam peperangan.
Dapat dibandingkan, Howitzer 105MM M102 ialah senjata tunda ringan yang mempunyai siluet sangat rendah bilamana berada dalam posisi menembak serta mampu dipusingkan 360 darjah dengan cepat.
Ia jauh lebih ringan dapat digerakkan dengan lebih mudah, dengan berat lebih sedikit daripada 1.5 tan pendek (1.4 t), manakala M101 memiliki berat 2.5 tan pendek (2.3 t) dengan kadar kebakaran maksimum ialah 10 pusingan seminit untuk 3 minit pertama serta kadar berterusan 3 pusingan seminit.
Namun, M102 menembak peluru separa tetap yang sama seperti M101, tetapi larasnya lebih panjang (32 kaliber berbanding 22 kaliber pada M101 dan membolehkan hadlaju muncung 494 m/s (1,260 kaki/s) lebih tinggi sedikit yang meningkatkan jarak tembakan.
Umumnya, tentera Malaysia juga menggunakan M102 semasa pemberontakan Komunis kedua Malaysia pada sekitar tahu 1968 sehingga 1988 bagi mengebom kedudukan pemberontak di sempadan Malaysia-Thailand.
Senjata itu diangkut dengan helikopter ke kedudukan tembakan yang jauh. Namun kini, semua M102 Malaysia telah ditamatkan perkhidmatannya dan hanya digunakan untuk menembak tabik hormat.