Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Eks Udara Shakti: Pesawat TUDM, Tentera Udara India berentap di ruang udara Kuantan

Eks Udara Shakti: Pesawat TUDM, Tentera Udara India berentap di ruang udara Kuantan

by Nurulhuda

KUANTAN, 8 Ogos – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara India (IAF) terus memperkukuh hubungan dua hala pertahanan dalam Eksesais Udara Shakti 2024 (EX US24).

TUDM menerusi hantaran di laman media sosialnya memaklumkan, eksesais yang bermula sejak 5 hingga 9 Ogos ini merupakan penganjuran kali kedua buat TUDM.

Menurut TUDM, matlamat utama eksesais yang berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) dan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan dua hala pertahanan yang terjalin lebih 60 tahun melibatkan kedua-dua angkatan udara.

“Di samping itu, eksesais ini juga dapat meningkatkan interoperability dalam melaksanakan latihan bersama secara taktikal melalui perkongsian maklumat dan pengalaman di mana secara tidak langsungnya memberi manfaat terhadap perkembangan teknologi dan taktik dalam melaksanakan operasi penerbangan,” jelas TUDM.

Majlis Pembukaan EX US24 telah berlangsung dengan ucapan dari Team Leader IAF, Gp Capt Ajay Rathi dan ucapan perasmian pembukaan oleh Pengarah Eksesais (EXDIR) Kol Abdul Rahim Jusoh TUDM pada Isnin.

“Pelaksanaan EX US24 ini melibatkan pertempuran udara 7 buah pesawat Sukhoi-30 daripada TUDM dan IAF di ruang udara Kuantan,

“Dalam masa yang sama, pengisian aktiviti EX US24 dimanfaatkan dengan perbincangan SMEE. Aktiviti ini bertujuan berkongsi kepakaran dan pandangan serta skil para peserta di dalam bidang penerbangan dan kejuruteraan untuk pesawat Sukhoi-30,” jelas hantaran itu lagi. -airtimes.my

#Malaysia #India #TUDM #IAF #pertahanan #sukhoi #airtimes

Related Articles

Leave a Reply