Home SemasaTerima kasih para perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang – Agong

Terima kasih para perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang – Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim merupakan Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 31 JUL – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan untuk menzahirkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena sambutan Hari Pahlawan.

Penghargaan itu dizahirkan oleh baginda berdua di akaun media sosial rasmi Sultan Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM, turut menyanjung tinggi pengorbanan wira-wira negara dalam menjaga keamanan serta ketenteraman tanah air tanpa mengira masa.

“Terima kasih para perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang. Al-Fatihah dan salam takziah buat pahlawan dan perwira negara yang terkorban semasa bertugas,

“Semoga roh mereka yang beragama Islam sentiasa dicucuri rahmat Allah Subhanahu Wata’ala dan ditempatkan bersama para solihin,” titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sambutan Hari Pahlawan yang diadakan di Dataran Pahlawan hari ini menyaksikan kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang berkenan untuk mencemar duli ke sambutan tahunan itu. – airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #Pahlawan

Related Articles

Leave a Reply