Home SemasaGlobal Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh terkorban dalam serangan di Tehran

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh terkorban dalam serangan di Tehran

Kematian Dr Ismail Haniyeh disahkan oleh Hamas dan Kumpulan Pengawal Revolusi Iran (IRGC)

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 31 JUL – Ketua politik Hamas, Ismail Haniyah disahkan terkorban dalam satu kejadian di Tehran.

Perkara tersebut disahkan oleh Hamas dalam satu kenyataan yang menjelaskan insiden tersebut berlaku di rumah kediamannya di ibu negara Iran.

Sementara itu, Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dalam satu kenyataan mengesahkan insiden tersebut telah meragut nyawa pemimpin Hamas itu.

“Kediaman Dr Ismail Haniyeh, ketua politik Hamas telah diserang di Tehran,

“Serangan ini telah meragut nyawa beliau dan seorang pengawal,” kata kenyataan IRGC dalam satu kenyataan media yang disiarkan oleh akhbar Iran.

Ismail Haniyeh, 62 tahun lahir di Kem Pelarian Al-Shati, Gaza. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Iran #Palestin

Related Articles

Leave a Reply