Home Pertahanan dan KeselamatanTentera UdaraLatihan Kelawar 2024: Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan bermula Khamis ini

Latihan Kelawar 2024: Pesawat terbang rendah, TUDM laksana latihan bermula Khamis ini

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah bermula 1 hingga 10 Ogos ini.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan, latihan yang dilaksanakan bersama Pasukan Khas Udara (PASKAU) itu adalah bersempena Eksesais Kelawar 2024 di kawasan Op Pasir Sabah.

Menurut TUDM, eksesais ini bertujuan untuk memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal di samping memberi penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik dan ancaman pada waktu malam.

“Sepanjang eksesais berlangsung, helikopter TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di sekitar daerah Tawau, Semporna dan Lahad Datu,” jelas TUDM.

Sehubungan itu, TUDM memaklumkan, orang ramai agar tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat tersebut terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais dilakukan.-airtimes.my

#airtimes #TUDM #latihan #helikopter #EksKelawar #Sabah

Related Articles

Leave a Reply