Home SemasaKorea Selatan lancar model Pertama jet pejuang stealth KF-21

Korea Selatan lancar model Pertama jet pejuang stealth KF-21

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

Korea Selatan memulakan pengeluaran jet pejuang KF-21 tempatan pada hari ini, Rabu.

Majlis perasmian pengeluaran model pertama jet pejuang KF-21 itu berlangsung di Korea Aerospace Industries Ltd (KAI) di Sacheon, 296 kilometer ke selatan Seoul.

Menurut Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan (DAPA), dalam pencapaian terbaharu dalam usaha negara itu adalah bagi membina pesawat pejuang canggih.

DAPA berkata, model pengeluaran pertama tersebut dijadualkan dihantar kepada Tentera Udara pada akhir 2026.

Berikutan pelancaran program pembangunan KF-21 oleh Korea Selatan pada 2015, bertujuan memperoleh pejuang supersonik canggih bagi menggantikan armada jet buatan AS yang sudah tua termasuk F-5.

Alternatif pembangunan dan pengeluarannya bukan sahaja bukti keupayaan aeroangkasa Korea Selatan yang semakin meningkat tetapi juga langkah strategik untuk meningkatkan keselamatan negara.

DAPA telah menjalankan pelbagai ujian penerbangan dan persenjataan ke atas enam prototaip KF-21, sejak projek pembangunan bermula.

Sekaligus, program ini menjadi asas kepada strategi pemodenan pertahanan Korea Selatan, mencerminkan komitmen negara untuk meningkatkan kemandirian tenteranya.

Terdahulu, bulan lalu KAI menandatangani perjanjian bernilai 1.96 trilion won (AS$1.41 bilion) dengan DAPA untuk membina 20 unit KF-21 sehingga 2027.

Dalam pada itu, negara ini turut berusaha untuk membina lebih banyak unit dan mengendalikan sejumlah 120 KF-21 menjelang 2032.

Related Articles

Leave a Reply