Home Semasa Akaun Fleksibel KWSP: RM7.81 bilion pengeluaran direkodkan

Akaun Fleksibel KWSP: RM7.81 bilion pengeluaran direkodkan

by Zulhaizi Rosdi

KUALA LUMPUR, 10 JUL – Seramai 3.16 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun telah membuat pengeluaran sebanyak RM 7.1 bilion daripada Akaun Fleksibel.

Angka tersebut melibatkan 24.3 peratus daripada jumlah 13.1 juta ahli KWSP.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan rekod yang dicatatkan sehingga 24 Jun 2024 lalu.

Beliau menambah, seramai 3.61 juta atau 27.8 peratus pencarum telah memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM11.52 bilion.

“Inisiatif ini adalah langkah proaktif untuk membantu rakyat menghadapi perubahan landskap pekerjaan, penuaan penduduk serta perubahan keperluan mengikut kitaran hayat ahli KWSP,

“Dengan pengenalan Akaun Fleksibel ini, ahli boleh mengakses simpanan KWSP mereka pada bila-bila masa bagi apa-apa tujuan tanpa sebarang sekatan,” katanya dalam penyataan jawapan lisan Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Abd Ghani Ahmad yang meminta status pembaharuan Akaun Fleksibel mulai 11 Mei kepada pencarum.

“Tujuan utama Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini dibuat adalah bagi memastikan kesejahteraan kewangan semasa persaraan yang lebih mampan dan dalam masa sama dapat mengimbangi keperluan semasa ahli.

“Inisiatif ini juga dapat membantu ahli supaya mereka mempunyai pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ahli boleh membuat pilihan sama ada ingin mempunyai Amaun Permulaan dalam Akaun 3 iaitu dengan memindahkan sebahagian simpanan dalam Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel mulai 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

“Pindahan simpanan adalah daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Persaraan (Akaun 1) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) sahaja,

“Pilihan amaun permulaan tidak melibatkan apa-apa pindahan simpanan daripada Akaun 1 ke Akaun 3,” katanya. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa #KWSP

Related Articles

Leave a Reply