Home Pertahanan dan Keselamatan Pasukan Askar Wataniah Politeknik Ungku Omar ketepikan 15 pesaing, muncul juara MALPTAAC 15/2024

Pasukan Askar Wataniah Politeknik Ungku Omar ketepikan 15 pesaing, muncul juara MALPTAAC 15/2024

by Zaki Salleh

KANGAR, 10 JUL – Pasukan Askar Wataniah Politeknik Ungku Omar (PUO) meletakkan kedudukan sebagai pasukan terbaik apabila diumumkan sebagai juara keseluruhan Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 15/2024.

MALPTAAC 2024 berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis bermula 26 Jun hingga pada 9 Julai.

PUO mendahului lain-lain pasukan Askar Wataniah politeknik apabila menjadi juara dua acara yang dipertandingkan manakala tempat kedua pada satu acara.

MALPTAAC Siri 15 ini melibatkan pelbagai aktiviti dan cabaran antaranya ujian jalan laju, memanah, merentas desa dan latihan di medan tempur.

Sebanyak 16 buah politeknik telah terlibat dengan kekuatan seramai 29 orang pegawai dan 609 orang anggota yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar.

Selain itu, ia juga melibatkan penyertaan dari Rejimen 504 Askar Wataniah dan Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat, Kementerian Pertahanan.

Hadiah berupa Piala Pusingan telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Zamzam Mohd Walid.

Terdahulu, majlis Perasmian Penutup Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 15/2024 yang telah diadakan di Ladang Kenaf, Kangar, Perlis.

Program ini telah diserikan dengan keberangkatan Tuanku Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Brigedier Jeneral (K) Mohd Shukri Ramli merangkap Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Perlis dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan,

Mejar Jeneral Datuk Rahman  A Wahab.

MALPTAAC yang diperkenalkan pada 1999 sehingga kini telah melibatkan penyertaan seramai 6,000 anggota pasukan Askar Wataniah yang terdiri daripada penuntut politeknik. – airtimes.my

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori:

Kategori Pandu Arah

1.Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

2.Politeknik Ungku Omar

3 Politeknik Port Dickson

Kategori ‘Multi Relay

1.Politeknik Ungku Omar

2.Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

3.Politeknik Banting Selangor

Kategori Menembak

1.Politeknik Sultan Idris Shah

2.Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

3.Politeknik Banting Selangor

Kategori Jalan Laju

1.Politeknik Ungku Omar

2.Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

3.Politeknik Mukah Sarawak

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #Wataniah

Related Articles

Leave a Reply