Home Semasa Republik Kyrgyz minta Malaysia lantik penasihat urus kewangan, ekonomi

Republik Kyrgyz minta Malaysia lantik penasihat urus kewangan, ekonomi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Republic Kyrgyz menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu dizahirkan oleh rakan sejawatnya Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa, pada Rabu.

“Usai sambutan rasmi dan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormat, saya mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Kyrgyz Sadry Zhaparov,

“Republik Kyrgyz juga meminta Malaysia menghantar penasihat untuk membantu mereka mengenai pengalaman dalam menguruskan infrastruktur kewangan selain reformasi ekonomi,” katanya menerusi hantaran di media sosial rasminya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, ruang itu digunakan bagi membincangkan isu dua hala, seratau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama kedua-dua negara termasuklah konflik Palestin dan Afghanistan.

“Peluang itu juga digunakan untuk menerokai bidang kerjasama berpotensi antaranya ekonomi, industri halal, pendidikan, pelancongan, budaya, kerjasama antara parlimen, ekonomi digital, tenaga, ketersambungan dan perlombongan,” jelas hantaran itu lagi.

Pada masa sama, pemimpin kedua-dua negara itu turut menandatangani Kenyataan Bersama yang antara lain berkaitan kerjasama pelaburan, ekonomi, perdagangan, sebelum menghadiri resepsi santai.

Terdahulu, Anwar diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Republik Kyrgyz di Kediaman Negeri Ala Archa, sempena lawatan sulung selama dua hari ke negara itu.

Beliau juga diberi kesempatan memeriksa perbarisan kawalan kehormat seraya diiringi Sadyr Japarov selepas memberi penghormatan di tapak peringatan, Ata-Beyit Bishkek.-airtimes.my

#Malaysia #Kyrgyz #semasa #airtimes #DSAi

Related Articles

Leave a Reply