Home Pertahanan dan Keselamatan Latihan payung terjun di laut uji kecekapan 69 Komando

Latihan payung terjun di laut uji kecekapan 69 Komando

by Zaki Salleh

IPOH, 15 MEI – Menyusup masuk ke kawasan operasi atau kawasan musuh di perairan menggunakan payung terjun tidak semudah melakukan penerjunan biasa.

Selain perlu mahir mengawal payung terjun di udara, anggota komando juga mesti bijak membuat perkiraan untuk mendarat dengan baik di air.

Sebaik berjaya mendarat di air, anggota perlu melakukan tatacara untuk melepaskan ikatan pada payung sambil pada masa mengapungkan diri dan melakukan persediaan.

Itu yang dipamerkan pada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Maritim Skuadron A Pasukan Gerakan Khas 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Latihan penerjunan di laut atau penerjunan maritim ini bagi menguji serta meningkatkan tahap kesediaan operasi.

Walaupun telah menguasai kemahiran ini, namun daripada masa ke masa mereka perlu menajamkan kemampuan dan teknik.

Mereka terjun dari paras ketinggian 10,000 kaki lengkap bersama peralatan tempur.

Latihan tersebut juga bagi meningkatkan kemahiran pertempuran melalui hantaran udara atau payung terjun dan pertempuran laut dengan menggunakan aset sedia ada.

LDP Maritim Skuadron A berlangsung selamq 9 hari bermula 10 Mei lalu di Selat Kuah hingga ke Tanjung Lembung Langkawi.

Latihan kali ini melibatkan seramai 52 pegawai dan anggota 69 Komando.

Turut hadir sepanjang latihan ialah Timbalan Komander 69 Komando, Rosman Kasman.

Secara amnya, latihan ini memberi fokus kepada beberapa aspek dengan objektif utama ialah latihan pengukuhan payung terjun.

Ini meliputi pengguguran penerjun statik dan para bebas ke perairan serta penerjunan amfibia menggunakan peralatan rebreather.

Seterusnya ialah tumpuan pada latihan VBSS, Visit Boarding, Search & Rescue

Anggota juga menajamkan kemahiran pada latihan ‘sea combat’ meliputi serangan ke pantai, formasi bot tempur RHIB, penyusupan perairan penyelam rebreather menggunakan sistem under water propulsion

Kemahiran lain ialah melakukan ujian pada dron taktikal menerusi pengawasan serta bantuan komunikasi udara kepada markas taktikal.

Latihan ini mendapat bantuan daripada Pasukan Gerakan Udara melalui juruterbang pesawat Cessna Caravan 208 serta pengendali dron PGU.

Biarpun dianggap mahir, tetapi latihan ini mempelbagaikan lagi keupayaan trup untuk menyusup masuk ke kawasan-kawasan operasi.-airtimes.my

#PDRM #VAT69 #airtimes #latihan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply