Home Pertahanan dan Keselamatan Kehadiran Armada Laut Turkiye terjemah hubungan erat Malaysia – Turkiye

Kehadiran Armada Laut Turkiye terjemah hubungan erat Malaysia – Turkiye

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Kehadiran Armada Laut Turkiye yang merupakan lawatan pertama mereka ke Malaysia setelah hampir satu dekad merupakan terjemahan kepada hubungan erat Malaysia dan Turkiye.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, lawatan sebegini merupakan terjemahan kepada hubungan erat di antara Malaysia dan Turkiye yang berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.

“Contohnya Penubuhan TUSAS Malaysia Sdn. Bhd (anak syarikat milik penuh Turkish Aerospace Industries Inc.) di Cyberjaya yang telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih 100 jurutera Malaysia untuk berkhidmat dan menimba kepakaran dalam sektor ketenteraan,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Menurutnya nilai dagangan antara Malaysia dan Turki pula telah mencapai USD4.46 bilion dengan potensi pertumbuhan yang besar.

“Saya yakin, hubungan erat yang terjalin ini akan terus membawa kelebihan yang besar di antara kedua-dua negara. Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus diperkasa dan menjadi kunci kepada kemakmuran bersama,” ujarnya lagi.

Pada Isnin, kapal korvet TCG Kinaliada dari tentera laut Turki berlabuh di Pelabuhan Klang.

Malaysia merupakan hentian ketujuh kapal tersebut yang sedang melaksanakan pelayaran bersejarah dari Turkiye ke Jepun.-airtimes.my

Timbalan Perdana Menteri berkata, hubungan erat kedua-dua negara berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.

#Malaysia #Turkiye #pertahanan #airtimes #TLDM

Related Articles

Leave a Reply