Home Pertahanan dan Keselamatan Kapal kovet ADA, TCG KINALIADA tiba di Malaysia

Kapal kovet ADA, TCG KINALIADA tiba di Malaysia

by M.Daim

PELABUHAN KLANG, 13 MEI – Kapal korvet kelas ADA, TCG KINALIADA tiba di Malaysia.

Malaysia merupakan hentian ketujuh kapal tersebut yang sedang melaksanakan pelayaran bersempena 100 tahun hubungan diplomatik Turkiye-Jepun serta Ulangtahun ke-134 pelayaran Frigat Etugrul ke Jepun.

TCG KINALIADA akan berlabuh selama 3 hari di Malaysia yang akan berakhir pada 15 Mei 2024.

Kapal korvet ini berupaya untuk melaksanakan operasi peperangan permukaan dan operasi anti kapal selam.

Sehingga kini, Tentera Laut Turkiye mengoperasikan 4 buah kapal kelas ini. Selain itu, model kelas ADA turut digunakan bagi rekabentuk kapal frigat kelas ISTANBUL.

Malaysia merupakan negara hentian ketujuh dalam siri pelayaran dari Turkiye ke Jepun. Foto: AirTImes/Ashraff

Model kapal kelas ADA turut digunakan oleh Tentera Laut Diraja Pakistan (kapal korvet kelas BABUR) dan 2 buah kapal Tentera Laut Ukraine.

ADA merupakan model kapal dihasilkan oleh Turkiye yang menjadi pilihan untuk menjadi Kapal Misi Pesisir Batch 2 (Littoral Mission Ship Batch 2, LMSB2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Walaupun perolehan LMSB2 belum lagi dimuktamadkan, perolehan ADA sebagai salah satu taring keupayaan pertahanan negara dijangka akan memperkuatkan lagi keupayaan kombatan TLDM. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #ADA

 

Related Articles

Leave a Reply