Home Semasa Anwar terima kunjungan hormat Prabowo, bincang kepentingan dua hala Malaysia-Indonesia

Anwar terima kunjungan hormat Prabowo, bincang kepentingan dua hala Malaysia-Indonesia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 NOV – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto di Seri Perdana, Putrajaya.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkata pada pertemuan itu, pelbagai isu berkaitan kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia termasuk hubungan dua hala dalam pertahanan dan keamanan negara dibincangkan.

“Semoga hubungan kedua-dua negara serumpun ini terus terjalin erat dan utuh buat selamanya, insya-Allah,” katanya lagi.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. -airtimes.my

#semasa #DSAI #Malaysia #Indonesia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply