Home Pertahanan dan Keselamatan Mohd Razali kini Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan ke-18

Mohd Razali kini Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan ke-18

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 DIS – Leftenan Jeneral Datuk Mohd Razali Alias kini dilantik sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) yang baharu bagi menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Pelantikan itu seterusnya menjadikan Mohd Razali Alias sebagai KPPP ke-18 Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Majlis serah menyerah antara Lt Jen Ahmad Norihan dan Lt Jen Mohd Razali telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman di Padang Kawad MDIO, hari ini.

Beliau dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada setiap peringkat di MDIO yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam menerajui agensi perisikan pertahanan ini.

Tambahnya, beliau yakin seluruh warga MDIO akan terus melanjutkan legasi ini dengan semangat yang sama malah lebih cemerlang dibawah pemimpin yang baharu.

‘Teruskan usaha anda dengan integriti dan penuh profesionalism. Ingat kerja kita mungkin tidak selalu dilihat tetapi impak sentiasa dirasai. Anda semua adalah tulang belakang kepada pertahanan negara kita,

‘Pengabdian dan komitmen terhadap keamanan dan kedaulatan negara adalah aset yang paling berharga.

‘Sepanjang karier saya saya telah menyaksikan banyak perubahan dan cabaran tetapi yang tetap tidak berubah adalah komitmen kita untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara kita. Saya merasa berbangga dengan apa yang telah kita capai bersama,’ ujarnya lagi.

Terdahulu, serah terima tugas KPPP ini telah dimulakan dengan acara perbarisan yang melibatkan seramai 12 orang pegawai dan 105 anggota yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Geospecialist Mohamad Wasli Musa, dari Cawangan Geoint.

Perbarisan ini telah diiringi oleh Brassband Wanita Rejimen Semboyan Diraja yang dipimpin oleh Kapt Nurul Fatin Hajar Ismadi dan dibantu oleh Drum Major SSjn Farziana Adam.

Datuk Ahmad Norihan seterusnya telah mengambil tabik hormat sebelum membuat pemeriksaan barisan yang melibatkan 2 Detasmen dari kalangan warga MDIO.

Majlis diakhiri dengan jamuan tengah hari dan acara street lining sebagai simbolik penghargaan warga MDIO khasnya kepada mantan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan yang ke-17.-airtimes.my

#MDIO #pertahanan #airtimes #ATM #KPPP

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply