GAZA, 8 NOV – Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan seramai 10,328 terkorban di Gaza semenjak 7 Oktober lalu.
Menurutnya, angka tersebut melibatkan seramai 4,327 kanak-kanak.
Sementara itu, seramai 2,450 dilaporkan hilang termasuk 1,350 kanak-kanak.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan sebanyak 7 hospital di Semenanjung Gaza telah menjadi sasaran bedilan tentera Israel semenjak beberapa jam yang lalu.
Kenyataan itu turut mengesahkan 18 daripada 35 hospital di Gaza tidak lagi beroperasi akibat terkena bedilan mahupun kehabisan minyak.
#AirTimes #Malaysia #Gaza